Islam menuntut umatnya supaya makan yang halal dan toyyiban atau baik.

Bukan itu sahaja Islam menetapkan tatacara penyembelihan haiwan ternakan supaya halal dimakan. Namun bersesuaian dengan syarak juga adalah haiwan itu tidak ‘menderita’ saat berlaku penyembelihan.

Tahukah bahawa ayam adalah sumber protein yang paling digemari dan setiap saat lebih 2,000 ekor ayam disembelih di seluruh dunia. Di Malaysia ada kajian mengatakan bahawa orang kita makan lebih 1.8 juta ekor ayam sehari

Lantas, penting untuk kita memastikan bahawa ayam yang kita beli di mana-mana saja itu adalah halal kerana melalui proses penyembelihan yang mengikut syarak.

Di Malaysia, sijil tauliah penyembelihan ternakan seperti ayam hanya dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan prosedur yang sangat ketat untuk pastikan umat Islam di negara ini mendapat sumber makanan halal.

Memetik informasi tentang syarat-syarat penyembelihan daripada Jakim ialah,
1. Binatang halal masih hidup sempurna ketika disembelih (hayat mustaqirrah).
2. Binatang sihat dan tidak mendatangkan mudarat (berpenyakit, residu kepada orang yang memakannya).
3. Menggunakan alat sembelihan yang bersesuaian seperti, pisau  yang tajam agar tidak mengakibatkan ayam tersiksa. Alat itu boleh melukakan dan mengalirkan darah ayam sembelihan.
4. Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan. (Sebaiknya putus empat urat
termasuk wadajain).
5.Mati dengan sekali sembelihan sahaja.
6. Sembelihan dilakukan kerana Allah.

Islam juga menetapkan bahawa haiwan yang haram dimakan seperti dalam penjelasan  al-Quran iaitu, bangkai, haiwan sembelihan bukan kerana Allah, haiwan yang dicekik, haiwan yang dipukul, haiwan yang jatuh, haiwan yang ditanduk, haiwan yang dimakan haiwan buas dan haiwan sembelih untuk berhala.

Prosedur utama bagi Jakim adalah penyembelih wajib beragama Islam yang layak menerima sijil tauliah penyembelihannya setelah memahami kesemua tatacara tersebut.

Sijil tauliah ini perlu diperbaharui setiap dua tahun untuk memastikan penyembelih berada dalam keadaan terbaik dan mampu menjalankan tugas.

Atas dasar itu, Ayam Bismi turut mengambil berat tentang pematuhan prosedur berkenaan demi mengeluarkan ayam yang halal dan toyyiban.

Terdapat enam penyembelih bertauliah di Ayam Bismi yang sangat komited dan melakukan tugas penyembelihan ini kerana Allah.

Anda mungkin masih mengingati kisah Pakcik Halim atau Pak Anuar ini kan?

https://www.facebook.com/725881264129010/posts/4477678098949289/?d=n

https://www.facebook.com/725881264129010/posts/4338033262913774/?d=n

Naah lihatkan bertapa penting kita makan ayam yang halal. Bayangkan apa kesannya apabila kita sendiri tidak pasti dari manakah sumber ayam kita ini dan siapakah sebenarnya yang melakukan tugas menyembelih ini? Adakah mereka ini Islam dan adakah mereka betul-betul memahami hukum syarak dalam penyembelihan ini?

Scroll to Top