Rumah Makan Percuma

Bermula 6 Julai 2020,

Kewujudan Rumah Makan Percuma (RMP) sejak 6 Julai 2020 diharapkan dapat menginspirasikan lebih banyak pihak mengikut jejak langkah memberi makanan percuma kepada golongan asnaf dan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pengasas RMP, Hajah Mazlina Kamarudin yang juga Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) berkata, pemberian makanan percuma itu selain membantu meringankan beban golongan berkenaan, ia juga mampu menceriakan mereka.

“Saya selalu berharap, RMP ini akan beri inspirasi kepada orang lain untuk buat perkara yang sama. Banyak yang dibuang kerja… syarikat tutup… perniagaan tutup… mereka perlu dibantu dan sedekah yang paling baik adalah makanan.

 

“𝑩𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒍𝒂𝒑𝒂𝒓, 𝒎𝒂𝒄𝒂𝒎 𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒏𝒂𝒌 𝒔𝒐𝒍𝒂𝒕… 𝒏𝒂𝒌 𝒃𝒖𝒂𝒕 𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂? 𝑻𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒍𝒂𝒉 𝒏𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊 400 𝒑𝒆k sehari macam kami. Jika belum mampu. 𝑩𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒎𝒂𝒔𝒂𝒌 𝒏𝒂𝒔𝒊 𝒍𝒆𝒎𝒂𝒌 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒌𝒂𝒕 𝒋𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒔𝒂𝒉 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒌𝒂𝒚𝒂 𝒖𝒑𝒂𝒉 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒂𝒔𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒂𝒈𝒊𝒉,” kata beliau.

Hajah Mazlina berkongsi perkara itu bahawa mewujudkan RMP sebagai kenangan termanis syarikat berkenaan yang sudah 33 tahun berkecimpung dalam bidang penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam serta produk berkaitan bahan itu.

“Di RMP, setiap hari ketika pukul 12 tengah hari orang beratur untuk ambil makanan dan makan di situ. Tanpa mengambil kira siapa pun mereka. Saya rasa itu yang ‘menjana’ pahala untuk Ayam Bismi. “

“Bukan saya atau suami yang membiayai RMP tetapi Ayam Bismi. Saya malu kalau orang di Simpang Empat ini kelaparan. Kami dikenali seluruh negara tetapi orang tempatan kelaparan. Saya malu,” katanya.

Katanya, setiap hari dari Ahad sehingga Jumaat RMP menyediakan makanan tengahari untuk 400 orang.

RMP yang beroperasi di premis kedai makan berdekatan Pusat Jualan Utama dan Kilang Memproses Ayam Bismi itu diinspirasi oleh Hajah Mazlina dan suami, Haji Jaffri Ahmad yang juga Pengasas Ayam Bismi sebagai rasa prihatin kepada masyarakat setempat terjejas akibat pandemik tahun lepas.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM196 juta, tahun lepas.

Scroll to Top