Perladangan

Bermula Dari Ladang Ternakan Moden

Dipantau Doktor Veterinar Berpengalaman. Dari Sumber Makanan Yang Premium

Mengenai ladang kami

Pada 1994, Ayam Bismi menubuh anak syarikat pertamanya, Bismi Cergas Sdn. Bhd bagi mengembang perniagaan dalam segmen penternakan ayam. Permulaan segmen ini mensasarkan pembinaan reban-reban ayam. Pada awalnya, pembinaan reban ayam berkonsepkan sistem terbuka namun dinaik tarafkan kepada reban ayam tertutup yang lebih moden dan canggih bagi menjamin proses tumbesaran ternakan dengan lancar dan paling penting kelestarian persekitaran ladang. Ayam di ladang Ayam Bismi diternak dalam tempoh matang lingkungan 35 hari. Setiap ternakan dikawal selia oleh Pasukan Kesihatan Unggas yang berpengalaman agar ternakan dijaga rapi untuk memastikan produk kami halal dan toyyiban. Sehingga kini, Ayam Bismi memiliki 18 ladang di sekitar Kedah dengan kapasiti 2.14 juta ekor ayam.

LANSKAP LADANG NYAMAN & MODEN

Berkonsepkan ladang yang nyaman dan dikelilingi tumbuhan hijau yang segar adalah keutamaan dalam pembinaan reban Ayam Bismi. Setiap ladang yang dibina mengikut spesifikasi yang dibenarkan oleh Jabatan Veterinar Malaysia. Kini, separuh daripada  ladang kami dinaik taraf kepada sistem reban tertutup dengan penggunaan sistem penyaman udara. Manakala pembinaan ladang baharu pula sepenuhnya menggunakan sistem reban tertutup.

TANPA SUNTIKAN & HORMON PEMBESARAN

Setiap ayam di ladang kami dipantau dan dijaga rapi oleh Pasukan Ladang yang berpengalaman bagi memastikan ayam membesar secara normal dan sihat.

SUMBER MAKANAN BEBAS SISA KHINZIR

Seiring dengan konsep “Halal dan Toyyiban” syarikat melabur sebanyak RM250,000 menubuh anak syarikat baharu, Naka Biolife Sdn. Bhd. untuk mengendali makmal diagnosis. Fungsi utama untuk menjalankan ujian saringan ke atas makanan ternakan iaitu dedak oleh Ahli Penyelidik Mikrobiologi bagi memastikan ia bebas daripada sebarang residu khinzir.

PASUKAN FLOCKHEALTH BERPENGALAMAN

Pasukan Kesihatan Unggas di ladang Ayam Bismi diketuai oleh Doktor Veterinar berpengalaman. Berperanan memantau setiap ayam di ladang bagi memastikan ternakan terhindar daripada sebarang ancaman wabak penyakit.

BISMI
Scroll to Top