SETELAH lebih 13 tahun akhirnya, Muhammad Sayuti terpaksa pulang ke tanah kelahirannya di Medan, Indonesia. Bukan sedikit kenangan yang dijinjing bersama untuk pulang melainkan dengan redho kerana jodohnya bersama Ayam Bismi sekadar waktu itu sahaja.
Menurut lelaki berusia 32 itu, walaupun menaruh harapan agar permit kerjanya di sini disambung namun dia tidak berdaya melawan takdir itu.
“Saya berat hati untuk pulang kerana setelah 13 tahun saya merasakan inilah rumah saya. Namun apakan daya, permit saya tidak boleh disambung lagi. Dahulu saya bernasib baik kerana PKP tidak boleh merentas negara jadi saya terselamat namun kini saya terpaksa pulang,” katanya ketika ditemui sebelum meninggalkan Ayam Bismi baru-baru ini.
Katanya yang mesra dipanggil Sayuti, Ayam Bismi meninggalkan 1,000 kenangan untuk dibawa pulang dengan kerinduan yang disimpan dalam hati untuk selamanya.
“Banyak anggota keluarga saya bekerja di sini bermula daripada abang, pakcik dan adik saya. Di sini tempat kami mencari rezeki dan kami menghargainya kerana di sini juga kami menerima layanan sama seperti pekerja tempatan lain.
“Terima kasih Ayam Bismi. Saya sangat berterima kasih kepada majikan saya, Haji Jaffri dan Hajah Mazlina yang memberi peluang kepada saya untuk bekerja di sini selama 13 tahun,” luahnya lagi.
Sayuti yang memegang jawatan sebagai Koordinator Kilang Ayam Bismi di Simpang Empat itu berkata, seandainya mempunyai peluang untuk kembali ke sini itu adalah impiannya.
“Sehingga saat itu saya cuma ingin mendoakan agar Ayam Bismi terus maju dan berkembang. Saya sebenarnya sangat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada Ayam Bismi selama ini.
“Apatah lagi saya turut menyaksikan perkembangan syarikat ini daripada mempunyai kilang kecil kepada kilang besar seperti hari ini,” katanya.
#ayambismi #bisneshalal #wargabismi