Itu momen paling bahagia di RMP.
Kami ingat saat ladyboss, Hajah meluahkan kegelisahannya beberapa hari sebelum itu. Hatinya tak tenang fikir, RMP sudah lama tutup.
Hajah memikirkan tentang banyak orang yang selalu berkunjung ke RMP untuk mengisi perut… RMP tutup bagaimanakah mereka?
Alhamdulillah, RMP masih beroperasi sejak saat itu. Memberi makan 400 pengunjung terutama penduduk setempat daripada pelbagai golongan.
Itulah Ayam Bismi.
Hajah selalu cakap, “Ayam Bismi bukan nak jual ayam. Bukan nak jual ayam semata-mata.”
Kata-kata itu sebenarnya buat kami jadi kuat setiap hari untuk tepis setiap ujian. Bekerja cari wang itu biasa, bekerja dan melakukan kebajikan pada masa sama, itu luar biasa. Sekurang-kurangnya kami merasakan itu.
Itu kebanggaan kami yang serba kerdil.
Ayam Bismi terlalu ingin memberi kembali kepada anda terutama yang kurang mampu.. sempit dalam kehidupan ketika pandemik ini. Sepinggan hidangan makanan tengah hari yang anda jamah itu adalah kasih sayang kami setiap hari.
Itu juga yang kami ingin anda rasa, daripada setiap sen yang anda keluarkan untuk membeli ayam kami dan produk kami, wang yang sama itu akan kami gunakan untuk terus hidupkan RMP.
Kami mahu anda sambut niat kudus kami ini. Sekudus memahami yang sedekah makanan itu juga tuntutan dalam Islam.
Kami di Ayam Bismi juga berusaha keras untuk menyediakan ayam yang halal dan selamat dimakan. Itu fardhu kifayah yang bagi kekuatan kepada Ayam Bismi.
Selamat bagaimana ya? Ayam kami bebas bebas kimia, suntikan dan paling penting adalah sistem penternakan bersepadu dari ladang ke kilang kami sendiri.
Ayam Bismi miliki penyembelih bertauliah dari Jakim dan pemprosesan kami sangat teliti. Kami juga dapat MeSTI daripada KKM.
Terus terang, demi seekor ayam, perlukah kami bersusah payah sedemikian?
Sudah tentu! Demi halal… demi toyyiban… demi ummah. Kami takut setiap daripada kami dipersoalkan di akhirat kelak untuk satu amanah yang kami gagal.
Itu sebabnya, di sisi perit jerih ini Ayam Bismi mahu terus berdiri.
Kami mahu terus dapat sokongan anda.