Ayam Bismi sememangnya jenama tidak asing lagi sebagai pengeluar ayam halal dan produk ayam segar beku (FFC) di negara ini.
Apatah lagi, dengan pelbagai rangkaian produk FFC syarikat ini termasuk produk hilirannya sudah meniti dari bibir ke bibir penggemar.
Bertapak 34 tahun dalam industri ayam, syarikat ini berusaha mengembangkan perniagaan dengan mempelbagaikan produk termasuk hiliran dengan teras halal toyyiban.
Terbaharu adalah, Tempura Chicken Nugget yang sudah berada di pasaran sejak minggu lepas untuk mengisi segmen produk hilirannya.
Apa yang menarik tentang nugget tempura Ayam Bismi adalah ia menggunakan 100 peratus daging ayam segar yang diternak di 18 ladang dan diproses sendiri di kilang syarikat ini.
Ini adalah keistimewaan produk tersebut yang tentu sekali dijamin status halal dan toyyibannya.
Nugget tempura Ayam Bismi menggunakan isi dada segar yang diternak tanpa suntikan hormon atau antibiotik. Adunan menggunakan ramuan berkualiti tinggi.
Bersesuaian dengan konsep mudah disediakan langkah memasak nugget tempura ini menjimatkan masa kerana terus dari peti sejuk ke penggoreng.
Selain menggoreng, nugget ini boleh disediakan dengan air fryer atau oven.
Bagi penggemar nuget terutama kanak-kanak, produk ini mesti dijadikan stok dalam peti sejuk setiap isi keluarga yang mementingkan produk halal toyyiban.
Selain Tempura Chicken Nugget, Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. yang mengisi segmen produk hilirannya turut mengeluarkan produk Ayam Perap, Ayam Kisar, Rempah Ayam Goreng Tandoori dan Bebola Ayam (Bisball).
Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) bermula dengan sebagai syarikat memproses dan menjual ayam kecil-kecilan pada 1988 yang kemudian berkembang dalam segmen penternakan yang kini mempunyai 18 ladang bersepadu dengan kapasiti ternakan 2 juta ekor ayam dan pengeluaran sejuta ekor ayam sebulan.
Ayam Bismi yang bergelar syarikat milikan bumiputera sepenuhnya kemudian mengorak langkah memasarkan hasil ternakan secara borong dan runcit melalui penubuhan empat anak syarikatnya, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan, Ayam Bismi Sdn. Bhd. (aktiviti pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd. (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. (pemprosesan produk hiliran).
Pada masa ini, Ayam Bismi berkembang pesat dengan mencari ejen dan stokis di seluruh Malaysia untuk memasarkan Ayam Segar Beku (FFC) yang dipotong, dicuci dan dibekukan segera serta produk hiliran seperti Ayam Popcorn, Ayam Perap, Ayam Kisar, Rempah Ayam Goreng Tandoori, Bebola Ayam (Bisball). Terdapat 600 stokis-ejen di seluruh Malaysia.