PADANG SERAI: Tiga tahun lepas apabila pasangan suami isteri, Mohd. Zaidi Wahab, 46, dan Rohaya Md. Isa, 49, membuat keputusan untuk berniaga ayam proses segar di Kampung Sentosa dekat sini konsep halal toyyiban tidak pernah terlintas di fikiran mereka.
โSetahun selepas itu, mereka memilih untuk beralih ke Ayam Bismi berdasarkan keyakinan bahawa jenama tersebut adalah milik syarikat bumiputera muslim yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan mengedarkan produk.
โโBaru dua tahun kami ambil Ayam Bismi. Alasannya, pertama kita nak ayam berkualiti dan kita tahu produk ini daripada orang Islam yang ternak dan guna ladang mereka sendiri. Banyak syarikat lain kita tahu ayamnya diternak oleh orang bukan Islam.
โโKita nak pelanggan tahu bahawa kita guna Ayam Bismi daripada orang Islam dan halal toyyibannya tidak perlu dirisau lagi, boleh makan tanpa was-was,โ katanya di sini hari ini.
โMenurut ibu kepada dua anak ini, alasan lain adalah kemudahan logistik yang disediakan oleh syarikat berkenaan sekali gus memudahkan operasi perniagaan mereka.
โโMasalah yang sering kami hadapi adalah penghantaran kerana banyak syarikat tidak menyediakan kemudahan ini dan kami terpaksa pergi sendiri ke kilang mereka untuk ambil ayam. Ayam Bismi pula akan menguruskan penghantaran itu ke gerai kami,โ jelasnya.
โBukan itu sahaja, katanya, pelbagai insentif yang disediakan pihak pengurusan Ayam Bismi kepada pemborong ayam sepertinya sedikit sebanyak memberi semangat untuk meningkatkan jualan.
โโAlhamdulillah tahun ini kami dapat Anugerah Pemborong Cemerlang untuk 2020,โ katanya yang meningkatkan jualan daripada 30 ekor ayam sehari kepada 200 ekor.
โBercerita tentang rahsianya kata Rohaya, usaha keras diperlukan untuk memastikan peniaga mampu bertahan dalam dunia perniagaan seperti itu.
โโSelain itu kena rajinlah. Selain berniaga di gerai dekat Kampung Sentosa kami juga menyediakan khidmat penghantaran ke rumah pelanggan bagi memudahkan mereka terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,โ tambah yang bercita-cita untuk menjadi pemborong terbesar di kawasan itu suatu hari nanti.
โAyam Bismi Sdn. Bhd sebagai ejen pemasar dan menjalankan aktiviti memproses serta memasarkan jenama tersebut merupakan sebuah anak syarikat bernaung di bawah Bismi Empire Sdn. Bhd.
๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฉ๐๐ง๐ข๐๐ ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ข๐ง๐ ๐ข๐ง ๐ฆ๐๐ง๐ฃ๐๐๐ข ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐๐ซ ๐ฌ๐๐ก ๐๐ฒ๐๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ก๐ฎ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ญ๐๐ฅ๐ข๐๐ง ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐๐ญ ๐ฅ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ.
โSelain itu, Bismi Empire memiliki tiga anak syarikat lain di bawah seliaannya iaitu Bismi Cergas Sdn. Bhd., Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. dan Naka Biolife Sdn. Bhd.
โAyam Bismi Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 16 November 2009 oleh Haji Jaffri Ahmad dan Hajah Mazlina Kamarudin untuk memasarkan ayam segar di sekitar Alor Setar. Ayam Bismi Sdn. Bhd. dan Bismi Cergas Sdn. Bhd. adalah pemilik jenama Ayam Bismi yang didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.