๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐’๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š ๐ฃ๐š๐๐ข ๐›๐ฎ๐ซ๐ฎ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐œ๐ข๐ง๐ญ๐š ๐ก๐š๐ข๐ฐ๐š๐ง

KUALA NERANG: Ayam Serama biasanya diternak lagaknya sebagai juru bina badan atau ratu cantik.โ€‹

Namun pandemik Covid-19 yang melanda sejak tahun lepas sedikit sebanyak merobah keadaan itu apabila ketika ini ayam cantik berkenaan diternak hanya sebagai haiwan peliharaan.

Ia menjadi hobi mengisi masa lapang terutama apabila banyak yang terpaksa terperap di rumah kerana pelbagai sekatan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).โ€‹

Hal itu diakui oleh pakar ayam Serama dari Kuala Nerang ini, Nazmi Tirmizi, 35, yang sudah berjinak-jinak dalam bidang ternakan ayam Serama sejak 2011.

Katanya, jika dahulu ayam Serama yang cantik dan segak menjadi buruan penggemarnya yang ingin memelihara bagi menyertai pertandingan namun kini sekadar memenuhi masa yang terluang.

Jelas Nazmi, kepuasan menternak dan memelihara ayam Serama itu adalah ketika melihat ia membesar dengan cantik dan gagah.

โ€œKetika ini saya menternak sehingga 100 ekor ayam Serama yang kebanyakan dipelihara untuk pertandingan.

โ€œNamun ketika pandemik pertandingan seumpama itu tidak dapat dianjurkan namun permintaan kini datang daripada mereka yang ingin memelihara sebagai haiwan peliharaan saja,โ€ katanya yang pernah bergelar juara pelbagai pertandingan ayam Serama di seluruh negara sebelum ini.

Menurut Nazmi yang juga seorang penjawat awam, dia juga terjun di dunia ayam Serama itu bermula daripada sekadar hobi sahaja.โ€‹

โ€œSaya menganggap ayam Serama ini unik dan merupakan ikon negara kita. Banyak negara luar yang mengkagumi kita kerana kepakaran menternak dan memelihara ayam sehingga ia menjadi segak dan cantik,โ€ katanya.โ€‹

Nazmi memberitahu, ayam Serama yang diternaknya itu dijual pada harga ratusan sehingga ribuan ringgit bergantung kepada baka dan usianya.

Mungkin banyak yang mengetahui bahawa hobi memelihara ayam Serama ini juga milik pasangan tokoh korporat dalam bidang penternakan ayam ini, Haji Jaffri Ahmad dan isteri, Hajah Mazlina Kamarudin.โ€‹

Menurut Hajah Mazlina yang juga Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn Bhd. (Ayam Bismi), beliau menjadikan ternakan ayam Serama itu sebagai salah satu hobinya sejak tahun lepas.

โ€œUntuk menjaga kesihatan badan doktor menasihatkan kami berdua mencari satu hobi yang membolehkan kita bergerak atau berjemur matahari hari seperti jogging atau kayuh basikal.

โ€œTetapi saya tak minat yang itu. Itu sebab saya pilih ternak ayam Serama selain hobi tanam pokok di laman. Ayam Serama ini manja dan cute kalau kita bercakap ia macam dengar dan faham apa kita kata.โ€‹

โ€œItu sebab saya pilih ayam Serama daripada ayam kini saya cuba ternak juga daripada telurnya,โ€ katanya.โ€‹

Hajah Mazlina menternak haiwan berkenaan juga salah satu daripada impian tertangguhnya dalam mencari solusi terbaik mendapatkan mikroorganisme efektif dalam penanaman.

โ€œKetika melancong ke luar negaraโ€ฆ Eropah misalannya sebelum ini saya lihat banyak orang yang kembali ke kawasan pedalaman untuk bela lembu ambil susunya, tanam pokok. Semua orang boleh bela ayam Serama walaupun di laman yang kecil,โ€ katanya.

Mengikut pencarian di internet, ayam Serama ini mulanya ditemukan di Kelantan pada 1600 dan dinamakan sebagai Serama pada 1970 sebagai satu bentuk diplomasi dengan Raja Thailand.

Sememangnya harga ayam Serama ini agak mahal terutama ketika ia diternak sebaga model yang mempunyai postur yang tegap, segak dan cantik.

Nazmi juga mengakui semakin tegap dan cantik ayam Serama itu memperagakan tubuhnya semakin mahal harganya.

โ€œUntuk pemarkahan pertandingan semuanya akan diambil kira daripada balungnya sehingga ke kakinya. Semakin tegap dan segak makin tinggi markah,โ€ katanya yang memasarkan ayam Serama yang diternaknya itu melalui media sosial termasuk Facebooknya sendiri.

 

Scroll to Top