ALOR SETAR: Kedatangan Hari Raya Aidiladha ini membawa erti satu pengorbanan untuk Zaidawati Zainol.
โSebagai isteri, anak dan ibu, Zaidawati, 47, harus belajar berkorban banyak perkara dalam menjalani kehidupan setelah suami tempat bergantung harapan kini lumpuh kaki dan tangan akibat serangan angin ahmar sejak sebulan lepas.
โWalaupun berat, Zaidawati seorang operator pengeluaran terpaksa menerima kenyataan bahawa semua urusan menyara keluarga kini tertanggung di bahunya.
โItu pengorbanan besar untuk Zaidawati yang kini terpaksa menyara dua anak yang masih belajar serta kedua ibu bapanya yang turut mempunyai masalah kesihatan.
โโMahu tak mahu terpaksa saya terima hakikat ini kerana keluarga bergantung kepada saya sahaja ketika ini,โ katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Selarong Panjang Kangkung dekat sini hari ini.
โZaidawati ditemui team Bismi Prihatin dalam ziarah menghulurkan bantuan Ayam CSR yang merupakan satu aktiviti amal syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. untuk membantu golongan memerlukan terutama asnaf mendapat makanan berkhasiat.
โSelain itu keluarga tersebut turut menerima sumbangan peribadi daripada Pengurus Besar Ayam Bismi, Azli Saat yang simpati dengan keluarga tersebut.
โBercerita lanjut, ibu kepada dua anak ini memberitahu, suaminya, Azlan Ismail, 50, sebelum ini menyara keluarga mereka dengan menjual makanan sejuk beku di masjid-masjid.
โโDengan pendapatan kami berdua walaupun tidak sebanyak mana cukuplah untuk keluarga termasuk ibu dan bapa saja. Tetapi bila suami tidak dapat bekerja lagi saya pun jadi buntu.
โโApatah lagi dalam keadaan PKP 3.0 sekarang saya tidak dapat bekerja kerana kawasan kilang saya dikenakan PKPB sehingga 1 Ogos depan, saya pun tak tahulah bagaimana nasib nanti,โ katanya yang sudah 21 tahun bekerja kilang untuk membantu keluarganya itu.
โSeperkara lain yang menjadikan Zaidawati bingung adalah penjagaan suaminya itu kelak selepas dia kembali bekerja di Bakar Arang Sungai Petani.
โโSekarang anak saya, Anuar, 23 yang belajar di UniMAP ada di rumah bolehlah dia jaga ayah dia. Nanti bila dia pulang ke universiti saya pun tak tahu macam mana.
โโMak dan bapa saya pun uzur terutama bapa yang ada penyakit gout yang teruk sehingga mengehadkan pergerakannya,โ jelasnya.
Selain Anuar, pasangan tersebut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Azamuddin, 21, yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di kolej politeknik.
โDalam pada itu menurut ibunya, Halimah Hussein, 66, dia dan suami, Zainol Man, 74, bersimpati dengan nasib yang menimpa anak sulungnya itu yang kini terpaksa menanggung mereka sekeluarga termasuk dua anak lelaki yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi.
โโDulu makcik buat cucur frozen dan menantu ini akan jual kat mana-mana itu sedikit sebanyak dapat bantu kami sekeluarga. Tetapi sejak menantu kena strok tak dapat nak jual lagi.
โโSekarang semua terpaksa bergantung kepada anak sahaja tetapi sebab PKP dia pun tak dapat nak pergi kerja. Tak tau macam mana nanti harap sementara saja,โ katanya.
โSesiapa yang ingin membantu keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan ke akaun milik Zaidawati, 102027687503 – Maybank (Zaidawati Zainol).
โAktiviti amal, Ayam CSR merupakan salah satu khidmat sosial korporat (CSR), syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) dengan pemberian ayam percuma kepada golongan memerlukan.
โMelalui aktiviti berkenaan anggota masyarakat boleh menyumbang ke dalam dana Ayam CSR tersebut bagi membolehkan ia diagih kepada memerlukan. Ayam Bismi turut menyediakan subsidi bagi pembelian ayam untuk tujuan tersebut.
โAgihan terbaharu itu merupakan sumbangan daripada ๐๐๐๐ซ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ญ๐๐๐ซ ๐๐ซ๐๐๐ญ๐ข๐ฏ๐ ๐๐จ๐ฅ๐ฎ๐ญ๐ข๐จ๐ง๐ฌ dari Shah Alam.