ALOR SETAR: Rumah Makan Percuma (RMP) yang kembali beroperasi dengan mengagihkan makanan tengah hari secara percuma sejak semalam, terus mendapat perhatian penduduk setempat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan terjejas ketika pandemik ini.
โSebanyak 100 pek makanan tengah hari diagihkan kepada mereka yang memerlukan sejak pukul 12.30 tengah hari dan habis setengah jam kemudian.
โRata-rata penduduk yang ditemui memberitahu, agihan makanan tersebut sangat bermanfaat kepada mereka terutama yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
โZamri Daud, 52, seorang pesara kelasi kapal memberitahu, dia kini hanya bergantung kepada duit pencennya untuk menyara mereka lima beranak.
โโNak cari kerja memang payah dan saya ambil upah kerja kampung apa yang patut tetapi masa PKP macam ini orang tak ada duit nak bagi upah.
โโKalau ada pihak yang prihatin dapat bagi makan tengah hari macam ini tentulah senang hati. Sekarang bukan orang bandar saja susah orang kampung pun sama sebab tak ada duit kerana tak ada kerja,โ katanya ketika ditemui di RMP yang terletak di premis berdekatan Pusat Jualan Utama Ayam Bismi di Simpang Empat di sini hari ini.
โSeorang lagi penduduk, Rahani Nanyan, 54, yang bekerja pembantu tukang masak berkata, pek makanan percuma itu melegakan kerana sedikit sebanyak dapat menjimatkan perbelanjaannya.
โโKalau ada makanan percuma macam ini memang saya tak masak dah jadi jimat duit,โ kata ibu tunggal ini.
โSementara itu Siti Jariah Saidin, 36, yang datang ke RMP bersama seorang daripada tiga anaknya memberitahu kehidupan mereka sekeluarga terjejas ketika pandemik ini.
โโSuami hanya pesawah dan pendapatan memang ikut musim dan tiga anak kami masih bersekolah kalau ada peluang berjimat memang kami berjimatlah,โ katanya.
โRMP yang diinspirasi oleh Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd., Hajah Mazlina Kamarudin dan suami, Haji Jaffri Ahmad yang juga Pengasas Ayam Bismi terpaksa dihentikan pada 25 Mei lepas setelah berlaku penularan wabak Covid-19 sehingga pelaksanaan PKP 3.0 sebelum dibuka semula semalam.
โBesok genap setahun RMP diwujudkan bertujuan meringan beban orang susah dan yang terjejas akibat pandemik.