๐๐š๐ค ๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐›๐จ๐ญ๐จ๐ฅ ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐ฉ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐๐Š๐ โ€“ ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ ๐๐š๐ข๐Ÿ

ALOR SETAR: Banyak yang terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 termasuk kehidupan seorang warga emas yang menjadikan barang kitar semula seperti botol plastik sebagai sumber rezeki ekoran premis membeli barangan tersebut tidak dapat beroperasi.

โ€‹Akibatnya, hilang sumber pendapatan Ahmad Wahab, 65, sejak dua bulan yang lepas untuk menyara isteri, Rosmilah Malit, 60, dan anaknya Azli, 30, yang juga orang kurang upaya (OKU).

โ€‹โ€œSebelum PKP dahulu satu hari dapat jugalah RM40 bila saya dan anak kutip botol di tepi pantai Kuala Kangkong, sekarang tak adalah sebab kedai nak beli botol pun tutup,โ€ katanya.

Pada usia warga emas itu juga bukan mudah bagi Ahmad untuk mendapat pekerjaan lantas dia perlu menagihkan ihsan bekerja dengan sesiapa saja bagi mendapat upah.

โ€‹โ€œUntuk nak cari duit makan seharian saya kerja bantu peniaga sayur jadi dapatlah sedikit upah untuk beli barang dapur,โ€ katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Kangkung di sini hari ini.

โ€‹Dia ditemui team Bismi Prihatin dalam ziarah menghulurkan bantuan Ayam CSR yang merupakan satu aktiviti amal syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. untuk membantu golongan memerlukan terutama asnaf mendapat makanan berkhasiat.

โ€‹Menurut Ahmad, selalunya dia dan Azli akan keluar rumah dua kali sehari untuk mencari botol terpakai iaitu pada pukul 8 pagi dan 4 petang sebelum pulang sejam kemudian.

โ€œKami pergi kutip tepi pantai sebab banyak botol kat kawasan itu. Tak tahulah dari mana dan siapa yang buang sampah dalam laut macam itu sekurang-kurangnya bersih juga kuala di sini bila kami kutip,โ€ katanya.

โ€‹Selain itu, Ahmad yang juga merupakan pengunjung Rumah Makan Percuma (RMP) setiap hari memberitahu, bebannya sedikit ringan apabila premis memberi makan tengah hari percuma itu beroperasi semula sejak awal bulan lepas.

โ€‹Aktiviti amal, Ayam CSR merupakan salah satu khidmat sosial korporat (CSR), syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) dengan pemberian ayam percuma kepada golongan memerlukan.

โ€‹Melalui aktiviti berkenaan anggota masyarakat boleh menyumbang ke dalam dana Ayam CSR tersebut bagi membolehkan ia diagih kepada memerlukan. Ayam Bismi turut menyediakan subsidi bagi pembelian ayam untuk tujuan tersebut.

โ€‹Agihan terbaharu itu merupakan sumbangan daripada Jazmiza Solutions Sdn. Bhd.

Mereka yang bersimpati dengan Ahmad dan ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi talian berikut, 017 3240006 (Jamliah) memandangkan warga emas ini tidak mempunyai telefon dan akaun bank.

 

Scroll to Top