โALOR SETAR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 memberi kesan kepada sektor penternakan ayam yang mengalami kerugian ekoran lambakan selain peningkatan kos pengeluaran kerana faktor kenaikan harga dedak.
โPengasas Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Haji Jaffri Ahmad berkata, PKP 3.0 juga mengakibatkan pasaran bahan mentah itu tidak menentu termasuk kerana dengan pengehadan operasi sektor makanan seperti di hotel, restoran dan kedai makan. Begitu juga dengan kantin dan asrama sekolah.
โโSetelah satu bulan setengah โlockdownโ, kita rugi antara RM2 hingga RM4 seekor sehari. Dalam sehari sebanyak dua juta ayam diternak untuk kegunaan rakyat jika purata kerugian adalah RM3 keseluruhan anggaran kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penternak-penternak adalah lebih RM200 juta bagi segmen ternakan ayam daging ini sahaja.
โโPKP 3.0 ini juga mengakibatkan penternak dibebani dengan tindakan yang tidak menentu di pihak kerajaan.
โโPenternak terkesan apabila kita tidak pastiโฆ nak masuk ayam ke tidak, kalau masuk lockdown berterusan dan hala tuju pasaran tidak menentu lagi jadi berlaku lambakan. Bila lockdown memang pasaran akan lembab dan berlaku lambakan,โ katanya di sini hari ini.
Jelas beliau, harga ayam ketika ini adalah pada paras terendah berbanding dengan kos pengeluarannya mengakibatkan penternak menanggung kerugian.
โโSektor ternakan adalah โindependentโ tanpa subsidi daripada kerajaan berbanding sektor lain jadi kita harus tanggung semua kerugian itu,โ katanya.
โTambah beliau, kerugian itu diburukkan dengan kenaikan harga dedak di pasaran sejak September tahun lepas yang menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran.
โโKenaikan dedak sehingga Julai ini adalah sebanyak 27 peratus dan mempengaruhi kos. Kalau dulu kos hanya sekitar RM4.0/kg ayam sekarang hampir RM5/kg .Kenaikan dedak ini perlu dikawal oleh kerajaan,โ jelasnya.
โTambah beliau, kegagalan kerajaan menangani pelbagai isu berkaitan termasuk kenaikan harga dedak itu dikhuatiri menyebabkan penternak ayam terpaksa gulung tikar.
โโDalam situasi ini dikhuatiri ada penternak yang akan gulung tikar dan bangkrap sekali gus mengakibatkan bekalan bahan mentah ini terjejas pada masa hadapan.
โโAndai mengimport ayam dari luar yang seringkali disebut-sebut oleh kerajaan sebagai jalan penyelesaiannya, mampukah kita bergantung kepada import memandangkan keadaan pandemik di seluruh dunia ketika ini,โ jelasnya.
โSehubungan dengan itu, kata beliau, sebarang penetapan harga siling terutama menjelang musim perayaan harus mengambilkira faktor semasa itu.
โโPerlu ada situasi menang-menang antara semua pihak termasuk pengguna dan penternak kerana penetapan harga siling yang terlalu rendah akan menyebabkan penternak berterusan menanggung kerugian.
โโKalau nak tetapkan harga siling perlu juga ada harga lantai untuk penternak,โ katanya.