ALOR SETAR: Pada usia sebayanya, warga emas lain barangkali seronok menghabiskan masa berehat di rumah atau bermain-main dengan cucu masing-masing.
Namun itu bukan takdir hidup Bedah Isa, 65.
Pada usia lebih enam dekad ini dia masih perlu keluar rumah awal pagi dan pulang lewat petang dengan kudrat empat kerat yang semakin terbatas bagi melempiaskan keringat mencari wang menyara keluarganya.
โRedha,โ katanya dari Kampung Selarong Panjang Simpang Empat di sini. Baginya di kala masih diberikan kesihatan dan tenaga yang baik untuk bekerja walaupun pada usia sudah lanjut, itu juga satu rezeki.
โBersyukur kerana masih kuatโฆ dapat bekerja dan paling beruntung dapat bekerja di Ayam Bismi dengan gaji tetap.
โTempat lain tak taulah ada ke tidak yang nak ambil makcik bekerja lagi sebab dah berusia macam ini,โ katanya yang sudah empat tahun bersama syarikat pemprosesan ayam ini.
Menurut Bedah, seorang pekerja am di kilang memproses Ayam Bismi, dia terpaksa bekerja keras untuk menampung keluarga terutama sekali selepas suaminya, Ahmad Idris, 68, terlibat dengan satu kemalangan jalan raya, dua tahun lepas.
โSuami kerja bawa lori lepas kemalangan dan patah kaki, dia memang tak berkerja dah duduk rumah saja.
โKalau dua dua tak kerja macam mana nak sara hidup bil api air kena bayar setiap bulan. Anak-anak pun ada keluarga masing-masing dan kerja lepas mereka saja. Kita orang tua ini tak mahulah nak susahkan anak-anak,โ katanya.
Warga emas ini memberitahu sebelum bekerja dengan syarikat ini dia menjadi tukang masak di sebuah restoran berdekatan namun terpaksa berhenti kerana ingin memperoleh pendapatan yang tetap.
โKerja restoran itu gaji tak tetap kalau restoran buka adalah upah saya sedangkan saya nak guna wang setiap bulan. Di sini saya mampu dapat gaji lebih dan tetap setiap bulan. Tak kisahlah walaupun basuh ayam.
โLagipun saya suka kerja di sini sebab ada kawan ramai dan bos yang baik. Kadangkala saya terharu kerana Ayam Bismi bagi lebih sikit gaji, saya pun tak tahu mungkin mereka sedekah kerana kasihan kat saya ,โ katanya.
Kata Bedah yang mempunyai empat anak termasuk seorang daripada menetap bersama dia dan suami, dia akan bekerja di sini selagi termampu.
โSelagi mampu bekerja makcik kerjalah dapat juga duit,โ katanya.
Kata warga emas ini, jadual kerjanya bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.
Dalam pada itu, warga emas ini juga merupakan salah seorang daripada penerima zakat Ayam Bismi dalam kalangan pekerjanya yang diagihkan setiap tahun sebagai tanda prihatin untuk meringankan beban mereka terutama asnaf.
Ayam Bismi juga diiktiraf sebagai Sahabat Zakat Negeri Kedah pada tahun lepas melihat kepada sumbangan syarikat korporat ini membantu banyak asnaf di negeri ini.
Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.
Bismi Empire Sdn. Bhd. turut mempunyai empat anak syarikatnya iaitu, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan, Ayam Bismi Sdn. Bhd. (pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd., (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.(pemprosesan produk hiliran).