SUNGAI PETANI: Kalau sudah namanya rezeki, pasti tidak salah alamat.
Begitu juga dengan nasib pekerja kilang, Saiful Rizal Ismail, 42, dari Kota Kuala Muda di sini yang berjaya memiliki sebuah motosikal setelah menang dalam Cabutan Bertuah Ayam Bismi 2021.
Apa yang menjadikan hadiah tersebut sangat bertuah dan manis baginya adalah hasratnya untuk memiliki sebuah motosikal menggantikan yang lama dan uzur tercapai.
“Betul kata orang rezeki tak salah alamat. Motosikal lama saya sudah berusia 30 tahun jenis Honda. Asyik rosak dan kena perbaik saja.
“Terpaksa perbaiki sebab nak pakai pergi kerja di kilang dekat Bukit Minyak. Nak beli baru tak lah rasanya. Alhamdulillah, kini dapat motosikal baharu daripada Ayam Bismi,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Penghantaran motosikal baharu tersebut dilakukan oleh kakitangan Jabatan Pemasaran Ayam Bismi semalam dari Simpang Empat untuk menceriakan keluarga ini.
Mengimbas semula pada hari Perasmian dan Pengumuman Cabutan Bertuah itu, kata Saiful, dia dan isteri, Zaironani Md. Zain, 41, serta dua anak mereka sedang berehat di rumah ketika menerima panggilan tentang kemenangan itu.
“Mula tak percaya memang kami tak pernah menang apa-apa cabutan bertuah pun sebelum ini. Selalu dok isi borang sana sini tak pernah dapat apa pun. Tiba-tiba dapat motosikal.
“Siapa sangka, beli ayam dapat motosikal. Kami sekeluarga sangat menghargai hadiah ini, terima kasih Ayam Bismi,” katanya.
Tambah Saiful, mereka sekeluarga membeli ayam dari syarikat ini sejak dua tahun lepas kerana mempercayai halal toyyibannya.
Bukan itu sahaja, katanya, dia rela menunggang motosikal lebih 30 minit dari rumah untuk ke outlet Ayam Bismi di Tikam Batu di sini.
“Dulu beli ayam lain. Sejak dua tahun lepas saja beli Ayam Bismi sebab dok dengar macam macam tentang ayam ini yang halal dan toyyiban.
“Sekali makan ayam dari Ayam Bismi terus tak makan ayam lain dah. Ayam ini segar dan harga pun berpatutan sebab itu saya tak kisah walaupun terpaksa pergi jauh ke Tikam Batu untuk beli ayam di outlet. Sekali beli tiga empat ekor buat stok seminggu. Anak-anak kami memang makan ayam sajalah, “ katanya.
Kepada pelanggan lain, kata Saiful, jangan berputus asa dan sentiasa berdoa supaya tuah menjadi milik mereka pula bagi cabutan bertuah edisi kedua pada pertengahan tahun ini.