ALOR SETAR: Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) mengadakan retreat dalam kalangan petugas Jabatan Jualannya di Hill Lake View Resort Tasik Beris Sik, minggu lepas.
Lebih menarik retreat berlangsung tiga hari itu, bukan sahaja disertai pengurusan tertinggi Ayam Bismi termasuk Pengasas dan Presiden, Haji Jaffri Ahmad; Pengarah Urusan, Hajah Mazlina Kamarudin serta Pengurus Besarnya, Azli Saat malah anggota keluarga kakitangan berkenaan.
Program antara bertujuan melahirkan idea serta menyusun pelbagai strategi termasuk gerak kerja di jabatan berkenaan untuk meningkatkan misi Ayam Bismi sepanjang tahun ini.
Bukan itu sahaja, penyertaan anggota keluarga kakitangan tersebut bermatlamat mengeratkan lagi ukhuwah keluarga besar syarikat ini.
Menurut Pengarah Urusan Ayam Bismi, Hajah Mazlina, penting untuk anggota keluarga kakitangan sama-sama memahami perjuangan Ayam Bismi dan hala tuju sekali gus memberi sepenuh sokongan.
“Untuk itu kita libatkan anggota keluarga kakitangan jabatan ini kerana selain mengerat silaturahim apabila saling kenal mengenal, mereka perlu tahu tugas getir yang kita perlu lakukan dan beri dukungan kepada kakitangan ini,” katanya.
Katanya, retreat itu juga diharap menjadi pemangkin semangat kepada semua kakitangan terlibat untuk terus memperkasakan jabatan berkenaan.
Pelbagai aktiviti menjadi pengisian retreat berkenaan termasuk, sesi ‘ice breaker’ kesemua 25 peserta, sesi pembentangan jabatan, senamrobik dan free and easy.
Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) bermula dengan sebagai syarikat memproses dan menjual ayam kecil-kecilan pada 1988 yang kemudian berkembang dalam segmen penternakan yang kini mempunyai 18 ladang bersepadu dengan kapasiti ternakan 2 juta ekor ayam. Sehingga kini Ayam Bismi mengeluarkan lebih 1 juta hasil ternakan sebulan.
Ayam Bismi yang bergelar syarikat milikan bumiputera sepenuhnya kemudian mengorak langkah memasarkan hasil ternakan secara borong dan runcit melalui penubuhan empat anak syarikatnya, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan, Ayam Bismi Sdn. Bhd. (aktiviti pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd. (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. (pemprosesan produk hiliran).
Pada masa ini, Ayam Bismi berkembang pesat dengan mencari ejen dan stokis di seluruh Malaysia untuk memasarkan Ayam Segar Beku (FFC) yang dipotong, dicuci dan dibekukan segera serta produk hiliran seperti Ayam Popcorn, Ayam Perap, Ayam Kisar, Rempah Ayam Goreng Tandoori, Bebola Ayam (Bisball). Terdapat 600 stokis-ejen di seluruh Malaysia.