๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ถ๐ป๐ถ ๐ธ๐ฎ๐บ๐ถ ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฎ๐ธ ๐ฅ๐ผ๐ธ๐ถ๐บ ๐ฑ๐ถ ๐ฅ๐ ๐ฃ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐ฏ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐น ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป๐ด ๐ธ๐ฒ ๐ธ๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ป๐ด ๐ต๐ฎ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป๐ป๐๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ต ๐ญ๐ฑ ๐๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ถ ๐๐๐ฎ๐บ ๐๐ถ๐๐บ๐ถ.
Suasana hari ini agak suram dan mendebarkan. Bukan mudah nak lepaskan orang yang betul-betul memberi kesan dalam kehidupan seharian kita. Biarpun mereka hanya orang biasa tetapi nilai yang ada pada diri mereka sangat menyentuh emosi dan perasaan kita.
Itulah hakikat yang kami alami hari ini. Pak Rokim ialah salah seorang pekerja di Ayam Bismi yang sudah berkhidmat selama 15 tahun di bahagian pemprosesan ayam. Bertempat di Rumah Makan Percuma, hari ini kami meraikan kepulangan beliau ke pangkuan keluarga dengan rela hati.
Katanya, walaupun tidak pernah mengharapkan apa-apa sebagai penghargaan atau insentif daripada majikan, dia tetap melahirkan rasa terharu dan syukur. Dia gembira berada dalam syarikat yang membangun dengan pantas seperti Ayam Bismi ini yang dulu beroperasi dalam skala kecil.
โSaya masih ingat dulu cuma proses ayam 800 hingga 1,000 ayam sahaja sehari. Pekerja pun tujuh lapan orang sahaja. Tetapi hari ini paling sikit pun 15,000 ekor sehari dan pekerja lebih 400 orang.”
โSaya rasa sangat bertuah kerana di ambil bekerja dalam sebuah syarikat bumiputera yang sangat mementingkan kebajikan pekerja. Dulu saya buat semua kerja daripada ayam dibawa ke kilang sehingga proses dan jual kepada pelanggan. Sekarang banyak kemudahan dan kilang pun sudah besar.โ jelasnya.
Pak Rokim juga pernah mendapat anugerah pekerja setia yang sudah berkhidmat dalam tempoh 15 tahun di Majlis Makan Malam Perdana Meraikan Keluarga Bismi yang bertempat di Laman Laksamana November lalu.
Dalam pada itu menurut Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Hajah Mazlina Kamarudin, syarikat sentiasa menghargai khidmat pekerjanya yang sentiasa berusaha keras bersama-sama membangunkan Ayam Bismi terutama yang setia berkhidmat berpuluh-puluh tahun.
โApa yang Pak Rokim lakukan ketika itu, menjaga dan mengambil berat tentang kebajikan syarikat dan pelanggan adalah sesuatu yang sangat jarang-jarang dibuat oleh semua. Pada masa itu dialah yang sanggup buat semua kerja. Dia orang lama dan Ayam Bismi menghargainya.”
Majlis hari ini diraikan juga dengan iringan nyayian lagu perpisahan dan sesi pemotongan kek sebagai tanda perpisahan. Pihak pengurusan juga berbesar hati dan menyerahkan hadiah wang tunai RM1,000 kepada Pak Rokim sebagai tanda penghargaan diatas kesetiaannya.
Akhir kata, Pak Rokim sempat berpesan agar Team yang lain terus berjuang untuk Ayam Bismi dan terus berjaya.