KULIM: Ayam Bismi ada ‘bonding trust’ dan itu menjadi faktor utama Imanaina Frozen and Grocery memiliki pelbagai produk segar beku (FFC) dan produk hiliran syarikat ini untuk jualan di dua premisnya di Kulim Hi-Tech dan Taman Melawis di sini sejak tahun lepas.
Bukan itu sahaja, pemilik premis berkenaan, Abd. Wahab Abdul, 50, memberitahu, produk berkenaan turut mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pelanggannya.
“Ayam Bismi antara produk terlaris di sini. Kami mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan, mereka tertarik dengan FFC kerana ia mudah disediakan, cuma nyahbeku, cuci dan masak. Ayam juga bersih dan murah. Produk Fun5 dan Fun10 yang baharu juga menarik kerana beri pilihan kepada pelanggan.
“Apa lebih penting adalah Ayam Bismi mempunyai ‘bonding trust’ dengan penggemarnya kerana ia merupakan syarikat bumiputera yang menjalankan penternakan yang halal dan toyyiban,” kata Abd. Wahab yang ditemui ketika perasmian pembukaan cawangan kedua Imanaina Frozen and Grocery di Taman Melawis itu baru-baru ini.
Imanaina Frozen and Grocery mula menjadi stokis Ayam Bismi sejak Mei tahun lepas ketika pandemik melanda negara.
Malah kata Abd. Wahab, dia dan isterinya, Rozmah Mohamad, 49, menceburi bidang peruncitan dan produk sejuk beku pada tahun lepas untuk memudahkan pelanggan mendapat bekalan makanan.
“Produk sejuk beku sangat laris ketika PKP. Begitu juga dengan produk Ayam Bismi, pada bulan puasa yang lepas kami mampu menjual hampir 30,000 pek produknya,” kata Abd. Wahab.
Menurut Abd. Wahab, Imanaina Frozen and Grocery yang juga merupakan singkatan daripada nama anaknya itu dibuka sejak empat tahun lepas.
“Kami menjual produk Ayam Bismi sejak Mei lepas dan sambutan menggalakkan kerana banyak yang mengetahui produk ini adalah daripada syarikat bumiputera. Jualan mampu mencapai sehingga 10,000 bagi dua premis ini,” katanya.
Imanaina Frozen and Grocery di Kulim Hi-Tech mempunyai 23 peti sejuk beku dan lapan peti sejuk sementara di Taman Melawis mempunyai 14 peti sejuk beku dan tiga peti sejuk selain sebuah bilik sejuk beku untuk menyimpan pelbagai produk yang kebanyakannya adalah daripada bumiputera.
Selain itu, Imanaina turut berjinak-jinak dengan produk sejuk beku jenamanya sendiri terdiri daripada daging perap.
Bercerita tentang penglibatan dalam bidang perniagaan itu, kata Abd. Wahab, mereka beralih daripada makan gaji di sektor perkilangan sejak 2010 dengan membuka kedai buku dan fotokopi.
“Baru empat tahun kami memulakan kedai runcit dan seterusnya bukan premis sejuk beku dan runcit yang menempatkan semua produk di bawah satu bumbung.
“Harapan kami tentulah untuk membuka lebih banyak cawangan Imanaina,” katanya.
Bercerita tentang pengalamannya, kata Abd. Wahab, setiap perniagaan yang diterokai memerlukan kesabaran selain sikap positif tanpa mengaku kalah.
“Satu saja iaitu jangan ingat nak rugi… nak jatuh. Cabaran akan sentiasa jadi pemangkin,” katanya.