SUNGAI PETANI: “Seumur hidup memang tak pernah dapat apa-apa cabutan bertuah pun. Selalu kena tipu saja.”
Itu luah Abdul Rahman Razak, 63, bekas askar dari Taman Keladi di sini.
“Tapi siapa sangka beli ayam akhirnya dapat motosikal,” katanya.
Itu barangkali puncak kegirangan Abdul Rahman ketika sebuah motosikal baharu tiba di pekarangan rumahnya, Khamis lepas yang dibawa kakitangan Jabatan Pemasaran Ayam Bismi.
Warga emas ini adalah salah seorang daripada 10 pemenang motosikal dalam Cabutan Bertuah Ayam Bismi 2021 yang menawarkan hadiah lebih RM200,000 untuk menghargai pelanggannya.
Bercerita lanjut kata bapa kepada lima anak ini, panggilan tentang kemenangan tersebut pada tahun lepas cukup mengejutkan.
“Masa tu tengah berehat di rumah tiba-tiba masuk panggilan bagi tahu menang motosikal.
“Syukur dan gembiralah, sebab tak pernah menang apa-apa sebelum ini. Pernah kena tipu adalah,” katanya.
Menurut Abdul Rahman, dia sekeluarga beralih kepada Ayam Bismi sejak setahun lepas.
“Mula kawan yang perkenalkan. Katanya ayam segar Ayam Bismi terbaik sebab syarikat ini milik orang Islam.
“Mereka ternak dan sembelih sendiri. Tentulah terpelihara halalnya, bersih dan suci,” katanya.
Menurut Abdul Rahman, dia akan menggunakan kenderaan tersebut untuk ke masjid menggantikan motosikalnya yang lama.
“Kepada yang belum bertuah teruslah mencuba mana tahu rezeki anda pula. Saya juga berharap orang ramai akan terus beli ayam dari Ayam Bismi,” katanya.
Cabutan Bertuah Ayam Bismi 2021 adalah salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk menghargai dan meraikan pelanggan syarikat milikan penuh bumiputera itu menyediakan 20 televisyen plasma berukuran 50 inci dan 21 motosikal.
Peringkat pertama program yang berlangsung pada 11 Disember tahun lepas, menyaksikan 10 motosikal dan 10 televisyen dibawa pulang pelanggan bertuah.
Bagi menyertai cabutan bertuah ini pelanggan hanya perlu membeli produk Ayam Bismi bernilai RM20 sebelum layak menerima satu kupon penyertaan.
Ia terbuka kepada semua pelanggan Ayam Bismi di semua pusat jualannya.
Pelanggan hanya perlu mengisi maklumat peribadi diri dan memasukkan kupon tersebut dalam kotak disediakan di Pusat Jualan Utama Simpang Empat dan 15 outlet di Kedah serta Perlis.
Cabutan bertuah bagi peringkat kedua akan diadakan pertengahan tahun ini.