KUALA NERANG: Sebahagian daripada ladang milik Ayam Bismi mempunyai sistem reban tertutup termasuk di Ladang 3, Ladang Kampung Rambutan, Padang Temak dekat sini iaitu yang terbesar milik syarikat ini dengan kapasiti ternakan lebih 230,000 ayam pedaging.
Dengan integrasi daripada amalan ternakan terbaik menggunakan sistem ladang tertutup itu bukan sahaja dapat membekalkan ayam daging yang sihat tetapi juga produksi yang lebih tinggi.
Menurut Ketua Kesihatan Unggas di Ayam Bismi, Dr. Mohd. Hanafi Ramali, reban tertutup mempunyai banyak kelebihan yang mampu meningkatkan pengeluaran atau tangkapan ayam di ladang.
βKelebihan reban tertutup ini sebenarnya ia dapat mengawal mikroorganisma atau haiwan pemangsa dari luar rebanβ¦ itu tak terlalu ketara.
βSelain itu dari segi pengurusan reban juga mudah termasuk mengawal kelembapan, suhu, cuaca, karbon dioksida dan ammonia.
Dalam erti kata lain faktor luaran kurang mempengaruhi ayam di dalam reban terutama apabila suhu paling rendah mampu dicapai sehingga 28 atau 29 darjah celcius waktu yang panas. Jadi ayam berada dalam keadaan yang selesa,β katanya.
Katanya, suhu dan cuaca memainkan peranan penting dalam tumbesaran ternakan yang dikawal di reban berkenaan menggunakan sistem kipas besar dan βcooling padβ yang akan menyejukkan suhu reban sekali gus membuatkan ayam lebih selesa.
Menurut Dr. Mohd. Hanafi, reban tertutup juga akan memastikan potensi pengeluaran daripada baka ayam berkenaan dapat dihasilkan pada angka tangkapan terbaik.
βMelalui sistem reban tertutup ini kita dapat meningkatkan segalanya dapat dari segi daging yang lebih banyak, dari segi kesihatan ayam yang sangat baik dan berat yang mudah kejar tempoh tangkapannya.
βTempoh tangkapan ayam boleh dilakukan lebih awal berdasarkan berat yang boleh dikejar sekarang iaitu sekurang-kurangnya 28 hari berbanding lebih 30 hari atau lewat bagi reban terbuka,β katanya.
Paling penting jelasnya, biosekuriti reban terutama dari segi pengawalan penyakit terutama bawaan haiwan luar mahupun manusia.
βPenyakit memang kita mudah kawal kerana βpencerobohanβ haiwan luar contoh burung migrasi yang datang dari negara lain selain tikus atau lalat yang jika tidak dikawal dengan baik menyebabkan penyebaran penyakit di dalam reban, β jelasnya.
Beliau tidak menafikan, hasil ayam pedaging yang diternak di reban tertutup mudah membesar dengan sihat.
βDari segi tangkapan lebih teratur dan boleh dilakukan sekali gus kerana ayam membesar secara serata,β katanya.
Antara ciri-ciri moden sistem reban tertutup di Ladang Kampung Rambutan yang mempunyai sembilan dua tingkat ini ialah mempunyai 12 kipas besar dan pad penyejuk bagi pengawalan aliran udara, suhu dan bahu serta pelindung dan berjaring sepenuhnya.
Dalam pada itu menurut Ketua Teknikal Ladang berkenaan, Mohd. Faizal Muhammad Aziz, 34, reban tertutup itu juga dilengkapi dengan silo atau tangki dedak yang akan disalurkan secara automatik kepada ternakan.
βReban tertutup ini mengurangkan tenaga kerja manusia yang mana cukup baik untuk ternakan kerana ayam kurang stress jadi makanan akan disalurkan secara automatik ke reban dari silo ini menggunakan saluran piping yang terletak di luar reban,β katanya.
Katanya, reban dua tingkat itu juga memudahkan pembuangan najis haiwan berkenaan secara terus tanpa interaksi pekerja ladang.
Ladang Kampung Rambutan kini mempunyai sembilan reban dan empat lagi dalam pembinaan sekali gus meningkatkan kapasiti ternakan.β
Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.
Bismi Empire Sdn. Bhd. turut mempunyai empat anak syarikatnya iaitu, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan, Ayam Bismi Sdn. Bhd. (pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd., (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.(pemprosesan produk hiliran).