๐“๐ข๐๐š๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐จ๐ง๐  ๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ ๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

ALOR SETAR: Peluang melancong ke luar negara menjadi dambaan banyak orang, itu bukan rahsia lagi. Namun yang bertuah sahaja memiliki peluang tersebut apatah lagi apabila percutian itu ditaja majikan sendiri sebagai tanda penghargaan.

โ€‹

Itu juga yang dirasai, Penyelia (Operasi dan Jualan) Ayam Bismi Sdn. Bhd., Rozita Mahmud, 43, yang sudah 20 tahun berkhidmat dengan syarikat ini.

โ€‹

Ibu tunggal tiga anak ini mengakui pengalaman melancong ke luar negara termasuk Hong Kong, Australia, Thailand, Filipina dan Indonesia bersama majikannya itu adalah paling manis dalam hidupnya.

โ€‹

โ€œTidak mimpi nak melancong pun, orang kampung macam kita yang biasa-biasa ini manalah nak mimpikan semua itu berangan mungkin. Tetapi bos, Haji Jaffri dan Hajah Mazlina yang bagi peluang mungkin nak hargai pekerjanya.

โ€‹

โ€œSaya teringat ketika bos nak bawa ke Disneyland Hong Kong beramai-ramai dengan pekerja lain, anak bongsu kecil lagi dan menyusu badan, Haji dan Hajah benarkan saya bawa dia sekali. Itu paling saya hargai,โ€ katanya.

โ€‹

Rozita yang kehilangan suami pada 2019 kerana penyakit kanser itu memberitahu, bukan peluang melihat negara orang itu saja cukup manis tetapi pengalaman bercuti bersama majikan dan rakan sekerja ketika itu.

โ€‹

โ€œBos kalau melancong memang akan layan kita macam satu keluarga yang pergi melancong bersama-sama, macam kakak dengan adik. Itu seronok,โ€ katanya.

โ€‹

Katanya, walaupun tidak pernah mengharapkan apa-apa sebagai penghargaan atau insentif daripada majikan seperti itu, dia tetap melahirkan rasa terharu dan syukur.

Menurut Rozita, dia gembira berada dalam syarikat yang membangun dengan pantas seperti Ayam Bismi ini yang dulu beroperasi dalam skala kecil.

โ€‹

โ€œSaya masih ingat dulu cuma proses ayam 800 hingga 1,000 ayam sahaja sehari. Pekerja pun tujuh lapan orang sahaja. Tetapi hari ini paling sikit pun 15,000 ekor sehari dan pekerja lebih 70 orang.

โ€‹

โ€œDulu saya buat semua kerja bersama suami yang juga kerja Ayam Bismi daripada ayam dibawa ke kilang sehingga proses dan jual kepada pelanggan. Sekarang banyak kemudahan dan kilang pun sudah besar,โ€ jelasnya.

โ€‹

Menurut Rozita yang berasal dari Tajar dekat sini, dia beruntung kerana dapat bekerja dalam sebuah syarikat bumiputera yang sangat mementingkan kebajikan pekerja apatah lagi ketika dia bergelar ibu tunggal sejak dua tahun lepas.

โ€‹

โ€œSemua tanggungjawab terpikul di beban saya ketika ini menjaga tiga anak lelaki saya dan ibu. Alhamdulillah, Ayam Bismi memberi peluang kepada saya menyara keluarga dengan baik.

Saya juga bersyukur kerana mempunyai keluarga dan anak-anak yang sangat memahami kerja ibunya yang banyak masa perlu dihabiskan di kilang ini menyelia pekerja dari pukul 4 pagi.

โ€‹

โ€œMembesarkan anak-anak dan menyara keluarga sebagai ibu tunggal memang mencabar tetapi saya gembira kerana mempunyai majikan yang prihatin dan rakan sekerja yang banyak membantu, ย โ€ katanya.

โ€‹

Dalam pada itu menurut Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Hajah Mazlina Kamarudin, syarikat sentiasa menghargai khidmat pekerjanya yang sentiasa berusaha keras bersama-sama membangunkan Ayam Bismi terutama yang setia berkhidmat berpuluh-puluh tahun.

โ€‹

โ€œSeperti Rozita yang setia bersama-sama arwah suaminya dulu bekerja dengan Ayam Bismi ketika baru ditubuhkan. Walaupun setelah suaminya berhenti dengan Ayam Bismi, dia masih setia di sini untuk menyara keluarganya.

โ€‹

โ€œApa yang Rozita lakukan ketika itu, menjaga operasi kilang dan pelanggan adalah sesuatu yang mencabar. Pada masa itu dialah yang buat semua kerja. Dia orang lama dan Ayam ย Bismi menghargainya.

โ€‹

โ€œDi samping kesibukan bekerja dia juga tidak mengabaikan pendidikan anaknya kerana anak yang sulung itu cemerlang dalam pelajaran,โ€ katanya.

โ€‹

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Bismi Empire Sdn. Bhd. turut mempunyai empat anak syarikatnya termasuk Ayam Bismi Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti

pemprosesan dan pemasaran, Bismi Cergas Sdn. Bhd. (penternakan) Naka Biolife Sdn. Bhd., (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.(pemprosesan produk hiliran).

Scroll to Top