ALOR SETAR: βAlhamdulillah, hidup saya tenang dan rasa lebih berkat rezeki sekarang walaupun tak pegang jawatan tinggiβ¦ gaji besar. Mungkin itu keberkatan daripada niat kita dalam usaha cari rezeki.β
Itu luah Aidi Razi Razali, 46, stokis Ayam Bismi dari Ampang, Selangor. Aidi yang pernah memegang jawatan tinggi dalam sebuah syarikat teknologi maklumat menumpukan perhatian sebagai stokis produk Ayam Bismi sejak Februari lepas.
βBetul orang selalu cakap kalau niat kita nak buat kebajikan dan kebaikan kepada orang lain, Tuhan akan permudahkan jalan.
βDulu gaji tinggi tetapi wang tak tau pergi mana sekarang walaupun berniaga sendiri tetapi wang sentiasa ada dan hati tenang saja,βkatanya di sini hari ini.
Malah menurut Aidi, sebagai stokis dia mempunyai banyak masa melakukan aktiviti lain termasuk keagamaan dan kemasyarakatan di kejiranannya.
βSelain banyak masa dengan keluarga saya juga dapat bermasyarakat dan melakukan ibadat serta kerja amal di masjid,β katanya.
Bercerita lanjut kata Aidi, dia berjinak-jinak dalam bidang usahawan ayam itu atas rasa keinginan untuk membantu anggota masyarakat tentang kepentingan mencari makanan yang halal toyyiban.
βSaya pernah bawa Grab sebelum itu dan terfikir untuk berniaga. Saya rasa berniaga makanan seperti ayam namun paling baik yang terjamin halal toyyiban.
βKetika mencari jenama yang paling sesuai itu saya membuat tinjauan tentang banyak produk lain juga tetapi Ayam Bismi banyak memudahkan pencarian mendapat maklumat berkaitan dan atas sebab itu saya pilih Ayam Bismi. Pilihan saya tepat,β katanya.
Menurut bapa kepada empat anak ini, dia memulakan jualan dengan hanya 100 pek produk ayam segar beku Ayam Bismi seminggu sebelum menambah kepada 600 pek ketika ini.
βSaya buat penghantaran sendiri melalui pelanggan saya dan pada hari Sabtu serta Ahad saya buka booth jualan di surau Bukit Mulia dari pukul 8 hingga 11 pagi.
βLepas berhenti kerja makan gaji dulu banyak perniagaan yang ceburi pada kedai makan sehingga kereta terpakai tetapi tak bertahan.
βTetapi sebagai stokis Ayam Bismi saya nampak mampu bertahan kerana pelanggan sentiasa ada. Mungkin ini orang kata duit berkat kerana kita nak ajak orang makan yang halal toyyiban,β katanya.
Menurut Aidi, dia berharap untuk terus meningkatkan jualan produk berkenaan sehingga 4,000 pek sebulan selepas ini.
Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.
Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.β
Selain itu Ayam Bismi turut mengeluarkan produk seperti ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Tidak ketinggalan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan tip, ilmu serta bimbingan percuma bagaimana menjadi usahawan ayam halal boleh menyertai group Telegram Bismi2u https://t.me/bismi2u.
Sehingga kini terdapat lebih 600 stokis serta ejen produk berkenaan di seluruh negara.