POKOK SENA: Naka Biolife Sdn. Bhd. (Naka Biolife) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis menjalinkan kerjasama meningkatkan proses pemulihan air di relau ladang ternakan ayam milik Ayam Bismi.
โ
Kerjasama melibatkan anak syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) dan universiti yang terkenal dalam penyelidikan pemulihan air dan sisa air itu bermula tahun lepas.
โ
Menurut ahli penyelidik mikrobiologi Naka Biolife, Ts. Isma Syahril Ismail, kolaborasi berkenaan akan memberi nilai tambah dalam sektor ternakan syarikat berkenaan terutama mengurangkan kos penyelenggaraan di relau.
โ
โAir memainkan peranan penting dalam tumbesar anak-anak ayam jadi kita harus pastikan ternakan sentiasa mendapat air yang bebas daripada sebarang bahan asing.
โ
โItu kerana ia secara tidak langsung membantu tumbesaran ternakan ayam dan pemberian suplemen akan jadi lebih efektif. Ia juga mampu mengurangkan kecederaan pada sistem pencernaan ayam yang boleh membantut sistem tumbesarannya,โ katanya di sini hari ini.
โ
Katanya, hasil penyelidikan tersebut kini pada peringkat pelaksanaan di salah sebuah ladang ternakan Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang mengendali penternakan syarikat berkenaan.
โKita akan memperluaskan teknologi ini ke ladang yang lain pula selepas ini. Sistem yang digunakan adalah melalui teknik gabungan proses coagulant dan sinaran ultra unggu,โ jelasnya.
โ
Katanya, Naka Biolife sentiasa menjalankan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam usaha mengenalpasti teknologi terkini bidang tersebut selain berkongsi maklumat berhubung bidang biosekuriti, penyelidikan dalam ternakan itu.
Pemulihan air dan air sisa adalah salah satu kepakaran UiTM Perlis di bawah beberapa teknik iaitu; photocatalysis, electrocoagulation, adsorption, ion-exchange, membran filtration, dan rawatan biologi.
โ
Naka Biolife Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 2018 dengan pelaburan lebih RM250,000 untuk mengendalikan satu makmal diagnosis.
Makmal tersebut beroperasi di Pokok Sena melalui kawal selia Team Quality Assuarance dengan seorang ahli penyelidik mikrobiologi berpengalaman itu, kini menjadi segmen terpenting bagi sektor ternakan ayam.
โ
Sebagai anak syarikat, Naka Biolife Sdn Bhd. berfungsi di setiap segmen utamanya, daripada aktiviti menternak ayam yang diuruskan Bismi Cergas Sdn. Bhd dan Ayam Bismi Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti memproses dan memasarkan ayam.
Penulis: Jamliah Hj Abdullah
.
Keterangan gambar:
Ts. Isma Syahril Ismail (kanan sekali) dan Pengarah Ayam Bismi, Iyas Hafeez Jaffri (empat dari kanan) di samping pensyarah serta penyelidik dari UiTM Perlis dan pasukan teknikal yang terlibat dalam proses pemulihan air di relau ternakan.