๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ ๐๐ฎ๐ข๐ญ ๐ ๐š๐ฃ๐ข ๐š๐ ๐ข๐ก ๐๐š๐ง๐š ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฎ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ค๐š๐ง๐š๐ค-๐ค๐š๐ง๐š๐ค

ALOR SETAR: Tersentuh dengan kesempitan orang ramai terutama keluarga yang terjejas akibat PKP 3.0 ketika ini, Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Hajah Mazlina Kamarudin memutuskan untuk memberikan bantuan susu formula bagi kanak-kanak.

โ€‹Setakat ini sebanyak 87 keluarga terjejas dibantu dari seluruh negara dengan sumbangan sebanyak RM50 bagi membeli pek susu itu.

โ€‹Hajah Mazlina memberitahu, beliau terinspirasi mewujudkan bantuan dinamakan Dana Susu itu setelah mendengar pelbagai keluhan daripada anggota masyarakat sejak PKP 3.0.

โ€œMereka ini susah bukan tak ada kerja tetapi ada yang tak dapat nak bekerja kerana PKP 3.0.

Mereka adalah pemandu bas pelancong, pekerja kantin sekolah, tukang rumah dan yang tinggal di kawasan PKPD. Banyak juga saya dapat permintaan daripada ibu tunggal yang tidak dapat keluar bekerja.

โ€‹โ€œSaya sedih apabila mendengar cerita mereka tidak dapat membeli susu anak, terpaksa mengantikannya dengan air gula atau teh kosong cair sampai anak sakit perut. Jadi saya dan suami (Haji Jaffri Ahmad) ada duit lebih, saya buat dana ini,โ€ katanya di sini hari ini.

โ€‹Jelasnya, sumbangan tersebut daripada wang gaji bulanan mereka sendiri bukan wang syarikat.

โ€‹โ€œSaya menggunakan platform media sosial untuk mengagih dana susu ini setelah mereka yang terlibat menghantar mesej langsung di laman Facebook.

โ€‹โ€œSaya tahu ada juga yang cuba menipu saya melihat kepada profil mereka tetapi tak apalah pada peringkat awal ini saya tak tapis sangat,โ€ kata beliau.

โ€‹Beliau berharap lebih banyak individu tampil menghulurkan bantuan susu untuk kanak-kanak seperti ini.

โ€‹โ€œBagi Julai saya berhenti dulu dengan sumbangan sebanyak RM4,350 termasuk sumbangan daripada seorang kenalan, RM200. Saya menyeru supaya dana susu ini diberi perhatian dan diteruskan oleh mereka yang berkemampuan.

โ€‹โ€œKenapa susu? Kalau tak ada beras orang dewasa boleh makan benda lain tetapi kanak-kanak kalau tak ada susu? Itu adalah kritikal untuk mereka,โ€ katanya.

โ€‹Beliau menambah, berpeluang membantu kanak-kanak seperti itu cukup mengembirakan dirinya terutama ketika menatap gambar yang dikirimkan oleh ibu bapa masing-masing.

Kata Hajah Mazlina, beliau berhasrat untuk meneruskan Dana Susu berkenaan pada bulan depan pula.

 

Scroll to Top