ALOR SETAR: Bantuan pembangunan masjid turut menjadi penekanan utama Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) oleh pengasasnya, Haji Jaffri Ahmad.
โItu termasuk menjadikan Masjid At-Taqwa di Simpang Empat di sini yang berusia lebih 50 tahun sebagai masjid angkat syarikat tersebut.
Apatah lagi pada usia lebih lima dekad tersebut, Masjid At-Taqwa kelihatan begitu uzur sebelum ini.
โMenurut Haji Jaffri, pihaknya membiayai sebanyak RM150,000 bagi kos menaiktaraf masjid tersebut kira-kira empat tahun lepas ekoran keadaan bangunan masjid yang uzur.
โโSelepas kerja naik taraf itu, kita mengambilnya sebagai masjid angkat kerana ini adalah salah satu sumbangan syarikat untuk penduduk setempat yang kebanyakannya adalah pelanggan Ayam Bismi dan menyokong perniagaan ini,โ katanya di sini hari ini.
โKerja menaiktaraf masjid berkenaan bukan satu-satu usaha yang dilakukan Ayam Bismi, kata Haji Jaffri, kerana pelbagai pengisian masjid turut digerakkan sebelum ini sejajar dengan status masjid angkat itu.
โโApa yang kita dok buat sekarang adalah kita menaja pelbagai aktiviti. Misalannya sebelum PKP, kita taja penceramah, dan program jamuan malah ketika bulan Ramadhan, kita banyak bagi sumbangan untuk aktiviti berbuka puasa harian, perdana dan agihan bubur lambuk.
โโDulu sebelum PKP 3.0 ini kita turut sediakan pemberian bungkusan sarapan pagi untuk semua anak kariah yang menunaikan solat Subuh. Program seumpama ini sedikit sebanyak mengimarahkan masjid yang kariahnya terdiri daripada 600 keluarga,โ jelasnya yang juga merupakan Timbalan Pengerusi masjid itu.
โSebagai tanda prihatin Ayam Bismi terhadap kebajikan penduduk setempat, kata beliau, tidak ketinggalan aktiviti bantuan kepada 20 anak kariah dalam kelompok asnaf termasuk sumbangan zakat kepada 40 penduduk kampung dan bantuan anak kariah yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti.
โโIni adalah aktiviti kita setiap tahun selain membiayai pembaikan masjid berkenaan. Apa yang saya mahukan supaya masjid itu dihidupkan bukan sahaja kita sudah ubah suai ia menjadi cantik tetapi juga ada pelbagai pengisian selain solat berjemaah.
โโSaya juga mempunyai sasaran iaitu 100 jemaah pada setiap waktu solat dalam kalangan anak kariah di kawasan ini,โ katanya yang turut berjemaah di masjid tersebut hampir setiap waktu dan setiap hari.
โSelain itu kata beliau, sebagai masjid angkat syarikat juga menanggung semua pembayaran bil utiliti masjid berkenaan.โ
Setakat ini masjid berkenaan mampu menampung sehingga 400 jemaah namun ketika pandemik kapasitinya hanya dihadkan kepada 150 jemaah dan kini hanya 12 jemaah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.