ALOR SETAR: Untuk sekian lama, Saโina Hashim, 49, dan suaminya, Saharuddin Omar, 58, merupakan antara penduduk Langkawi yang menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber pendapatan.
โMalah sebagai pemilik kepada sebuah hotel bajet, Gelam Inn Motel di Kedawang, Saโina mengakui premis tersebut cukup meriah dengan kehadiran pelancong termasuk dari luar negara selepas pembukaannya, 10 tahun lepas.
Namun pandemik Covid-19 yang melanda pada tahun lepas memberi kesan buruk kepada sektor pelancongan Langkawi dan Gelam Inn tidak ketinggalan sehingga terpaksa ditutup operasi sejurus selepas perintah kawalan pergerakan (PKP).
โPenutupan hotel itu menyebabkan saya beralih ke bidang lain iaitu jual produk ayam segar beku (FFC) Ayam Bismi pada Mac tahun lepas.
โAlhamdulillah dapat sambutan menggalakkan terutama daripada rakan-rakan saya,โ katanya yang juga seorang cikgu.
Saโina mengakui dia menceburi bidang perniagaan produk ayam itu sebagai usaha membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada anggota keluarganya yang juga terjejas kehidupan ekoran sektor pelancongan yang merudum.
โMemandangkan saya bekerja sebagai guru, saya serahkan urusan jualan produk FFC ini kepada adik dan adik ipar saya yang kehilangan kerja kerana Covid-19,โ katanya yang sudah 24 tahun menjadi warga pendidik.
Menurut Saโina, hotel berkenaan kini diubah suai menjadi pusat penyimpanan produk tersebut.
Langkahnya sebagai usahawan ayam tidak terhenti di situ apabila, Saโina turut menjual ayam segar daripada Ayam Bismi.
โSaya juga buka gerai jual ayam segar dari Ayam Bismi yang saya tempah mengikut permintaan setiap hari dari Alor Setar ke Langkawi.
โSetiap hari jika permintaan ada mampu jual sehingga 50 ekor manakala jualan produk FFC pula lebih 50 pek seminggu. Memandangkan saya ejen tunggal produk FFC Ayam Bismi di Langkawi saya tidak mengalami masalah untuk menjualnya,โ kata Saโina.
Menurut Saโina, perniagaan ayamnya itu dibantu oleh suaminya yang juga pesara polis.
โDulu semasa motel masih beroperasi saya dan suami yang uruskan bersama. Sekarang walaupun Langkawi sudah dibuka kepada pelancong kami belum bersedia nak buka Gelam Inn lagi.
โMotel ini terletak di kawasan kampung dan orang Malaysia mungkin tidak suka duduk di sini kecuali pelancong dari luar negara. InsyaAllah bila pelancongan kembali pulih sepenuhnya kami akan buka semula Gelam Inn,โ katanya,
Saโina turut menjelaskan bahawa pembabitannya dalam perniagaan ayam itu bukan sekadar meraih pendapatan tambahan tetapi memberi kesedaran tentang halal toyyiban.
โBisnes ayam di Langkawi dimonopoli oleh bukan Islam dan penting untuk saya melebarkan produk halal toyyiban. Saya juga nak sediakan peluang pekerjaan kepada anggota keluarga saya yang terjejas kerana Covid-19.
โLagipun produk Ayam Bismi bagus contoh suami saya yang alah kepada ayam namun tidak apabila makan Ayam Bismi,โ kata ibu kepada lima anak ini.
Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.
Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.
Sehingga kini terdapat lebih 600 stokis dan ejen Ayam Bismi di seluruh negara.