๐“๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ ๐ฎ๐ซ๐ข๐ฌ ๐ก๐š๐ญ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ข๐š๐ ๐š ๐ค๐ž๐œ๐ข๐ฅ

ALOR SETAR: Tindakan laman Facebook, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memuat naik sebuah poster baru-baru ini seolah-olah mempromosi ayam di pasar raya adalah tidak wajar.

โ€‹

Walaupun hantaran tersebut dipadamkan selepas menerima kecaman daripada warga net beberapa jam selepas itu namun ia masih menguris hati banyak pihak terutama peniaga kecil.

โ€‹

โ€œHantaran seperti itu dilihat seolah-olah cuba melindungi pasar raya besar dan mengenepikan hak peniaga kecil. Tidak bolehlah.

โ€‹

โ€œKementerian kalau nak main Facebook kenalah ikut tatacara kerana hantaran di laman itu akan mencerminkan KPDNHEP, cerminkan menterinya, cerminkan Perdana Menteri yang melantiknya dan cerminkan kerajaan hari ini,โ€ kata Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Hajah Mazlina Kamarudin.

โ€‹

Menurut beliau, dalam keadaan serba panas ekoran isu kenaikan harga ayam ketika ini nasib semua pihak terlibat perlu diberi perhatian.

โ€œKenapa perlu buat suasana panas menjadi semakin panas? Kita akui ada pihak jual ayam lebih RM10 tetapi mereka peniaga kecil yang hanya jual 30 ekor sehari.

โ€‹

โ€œApabila mereka jual ayamโ€ฆ peniaga di tepi-tepi jalan ini, belilahโ€ฆ pandanglah muka diaโ€ฆ bantulah mereka.

โ€‹

โ€œBuat apa nak minta orang beli ayam di pasar raya yang tokey adalah syarikat besar. Takkan kerajaan sokong syarikat besar dan ketepikan peniaga yang jual di tepi jalan yang tidak ada punca pencarian lain,โ€ katanya.

Tambah beliau lagi, setiap pentadbir Facebook itu harus bersikap bertanggungjawab ke atas setiap hantaran mereka terutama daripada laman mewakili kerajaan.

โ€œPada saya kalau nak main Facebook kena ada tatacaranya contoh saya mulakan Facebook, Ayam Bismi daripada seorang pengikut kepada lebih 200,000 kini saya sering nasihatkan pentabdir tidak boleh buat hantaran sembarang,โ€ katanya.

Scroll to Top