ALOR SETAR: Hajah Mazlina Kamarudin menjadi wanita di sebalik kejayaan dan perjuangan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) sebagai peneraju produk halal untuk ummah di samping suami, Haji Jaffri Ahmad yang juga pengasas dan presiden syarikat tersebut.
โDi sebalik kegigihan menempatkan jenama tersebut di pasaran, figura berusia 54 tahun ini juga sangat aktif dengan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat untuk penduduk negeri ini.
Malah beliau juga mengilhamkan Rumah Makan Percuma (RMP) yang beroperasi di premis kedai makan berdekatan Pusat Jualan Utama dan Kilang Memproses Ayam Bismi itu sebagai rasa prihatin kepada masyarakat setempat terjejas akibat pandemik tahun lepas.
โKeprihatinan Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. Itu sebenarnya diwarisi daripada arwah bapanya, Kamarudin Mat Hashim yang diingati beliau sebagai seorang yang kuat bekerja untuk anggota masyarakat.
โBercerita tentang itu, kata Hajah Mazlina, beliau sering mengikuti bapanya merayau ke seluruh kampung sewaktu kecil untuk mencari orang susah dan mencari bantuan untuk mereka.
โโOrang yang banyak membentuk saya adalah arwah ayah saya. Di sebalik kehidupan kami yang serba kekurangan, ayah adalah orang yang tak mau orang kampung dia susah. Dia akan pergi tengok orang tua, mana susah kemudian dia akan pergi jumpa wakil rakyat dan minta bantuan.
โโBenda itu yang tanpa saya sedari ada dalam diri saya. Saya masih ingat, ketika kecil jika saya tak ada apa-apa sewaktu petang, arwah selalu ajak saya ronda-ronda naik motosikal cari orang susah,โ katanya.
โDemi kenangan terindah itu, kata Hajah Mazlina, sehingga kini beliau memperuntukkan RM1,000 setiap bulan untuk diagihkan kepada orang susah di kampung tempatnya membesar di Kampung Peladang di Perlis.
โโWang itu saya akan salurkan kepada kawan saya untuk bagi kepada siapa saja yang perlukan bantuan kewangan.
โโSejak kecik saya dididik bahawa hidup bukan tentang diri kita sendiri sahaja, hidup juga tentang kita menjaga orang lain,โ katanya.Ceritanya lagi, sehingga kini walaupun setelah bapanya meninggal dunia, semangat untuk terus berbakti dengan membantu mereka yang kesusahan sentiasa menebal.
โโSaya faham erti susah jika orang sebut susah. Kalau kita tidak pernah susah tentu kita tidak dapat mendalami erti susah itu. Allah latih latu sayaโฆ jadi kalau orang cakap susah saya faham,โ kata penerima anugerah usahawan cemerlang, Agrobank Agropreneur 2018 ini.
โBagi Hajah Mazlina juga, itu salah satu cara untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapanya kini dengan berharap amalan itu diterjemahkan sebagai doa kesejahteraan mereka di alam sana.
โโBila mereka meninggal dunia kita tak tahu apa yang berlaku di kubur jadi kita buatlah kebajikan dengan niat nak hadiah amal dan ibadat kepada mereka. Saya percaya inilah caraterbaik untuk mendoakan kesejahteraan mereka yang sudah pergi meninggalkan kita selamanya.
โโAnak-anak berlumbalah buat kebajikan supaya mak dan ayah duduk dalam kubur dengan keadaan yang selesa dan jangan kedekutโฆ jangan rasa duit akan habis kerana pahala sentiasa ada,โ harap beliau.
โBeliau mengakui, keinginannya selain daripada terus memajukan bisnes Ayam Bismi di samping suami dan empat anak mereka yang bakal mewarisi empayar ini kelak, beliau ingin meneruskan bakti kepada mereka yang memerlukan.
โโSaya melalui banyak fasa dalam hidup dan kini fasa saya tidak mahu berkira tentang wang. Duit yang saya ada bukan hanya untuk saya belanjakan.
โโSaya merasai ketenangan dengan cara ini kerana saya rasai nikmatnya apabila saya mula bersedekah, selera untuk memiliki kebendaan seperti aksesori atau beg tangan mewah seperti Gucciโฆ atau LV sudah tiada. Kalau dahulu pantang melancong ke Eropah memang itu yang nampak dahulu.
โโSekarang saya bawa beg tangan harga RM30 sahaja beg jenama mewah yang ada tak ada selera nak bawa. Saya tak akan beli dah kerana pada fasa hidup sebegini saya fikir penghormatan untuk kita bukan pada pangkat, gelaran atau harta benda yang kita ada. Kalau kita bergantung kepada itu agar orang hormat kepada kita, kita belum cukup terhormat lagi,โ katanya menutup temubual itu.
โDilahir pada 1967, Hajah Mazlina dan Haji Jaffri yang berkahwin pada 1990 berjaya membangunkan jenama Ayam Bismi ke tahap membanggakan hari ini kerana usaha keras mereka.
โSyarikat ini kini mempunyai 18 ladang perternakan ayam serba moden di seluruh negeri ini yang mempunyai kapasiti 2 juta ternakan setiap kitaran dengan pengeluaran lebih 1 juta ekor sebulan.
โAyam Bismi mempunyai makmalnya sendiri yang diwujudkan melalui anak syarikat, Naka Biolife Sdn Bhd pada 19 Disember 2018 di Pokok Sena, diketuai oleh microbiologist berpengalaman. Naka Biolife Sdn. Bhd. juga bertindak sebagai makmal perubatan untuk mengenalpasti penyakit terhadap ayam dan sisa khinzir di dalam dedak.