๐‘๐ž๐›๐ฎ๐ญ ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ฃ๐š๐๐ข ๐ž๐ฃ๐ž๐ง ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข, ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐‚๐’๐‘

ALOR SETAR: Konsep halal toyyiban yang menjadi teras dalam syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran, Bismi Empire Sdn. Bhd.(Ayam Bismi) menjadi antara faktor menarik orang ramai ingin bergelar stokis atau ejen produk ayam segar bekunya (FFC).

โ€‹

Begitu juga dengan Md. Izzudin Idris, 46, dari Bayan Baru, Pulau Pinang yang memilih jenama Ayam Bismi itu sebagai produk FFC di kedai runcit miliknya, Al Zudin Enterprise sejak tiga tahun lepas.

โ€‹

“Jenama Ayam Bismi tidak begitu popular lagi dulu banyak orang di sini tidak biasa dengan produk ini tetapi sekarang, Alhamdulillah ramai yang suka produk ini.

โ€‹

“Dulu saya hanya menjual 10 pek sahaja produk FFC Ayam Bismi seminggu tetapi sekarang boleh meningkat 50 hingga 100 pek. Saya memilih produk ini kerana saya yakin dengan syarikat ini yang merupakan milik sepenuhnya bumiputera, ada ladang sendiri dan pentingkan halal toyyiban,” katanya di sini hari ini.

โ€‹

Sebagai peniaga, kata Md. Izzudin, penting baginya memastikan semua produk yang dijual di kedai runcitnya itu adalah halal lagi toyyiban.

โ€‹

“Selain itu saya mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan. Mereka suka Ayam Bismi sebab senang nak masak, nyahbeku, bilas dan terus masak sahaja. Sesuai untuk orang Pulau Pinang yang bekerjaya dan sibuk,” jelasnya yang mengusahakan kedai runcit berusia 30 tahun itu.

โ€‹

Jelas ejen Ayam Bismi ini, selain berniaga dia turut melibatkan diri dengan pelbagai program khidmat masyarakat atau CSR dengan menyumbangkan ayam untuk golongan tidak berkemampuan.

โ€‹

“Bulan lepas saya buat satu CSR, syarikat saya dan sumbangan orang ramai dengan mengagih lebih 100 ekor ayam segar, Ayam Bismi untuk penduduk tempatan.

โ€‹

“Saya juga buat ‘food bank’ di kedai runcit untuk membantu penduduk yang terjejas sejak PKP 3.0,” kata bekas pekerja syarikat kewangan ini.

โ€‹

Menyentuh tentang perancangan masa katanya, dia berharap dapat membesarkan lagi perniagaannya itu dan membantu mempopularkan jenama Ayam Bismi.

โ€‹

“Sekarang saya buat banyak pemasaran di Facebook dan media sosial lain untuk perkenalkan jenama Ayam Bismi,” jelasnya.

โ€‹

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.

โ€‹

Selain itu Ayam Bismi turut mengeluarkan produk seperti ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Tidak ketinggalan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

โ€‹

Mereka yang berminat untuk mendapatkan tip, ilmu serta bimbingan percuma bagaimana menjadi usahawan ayam halal boleh menyertai group Telegram Bismi2u https://t.me/bismi2u.

Sehingga kini terdapat lebih 600 stokis serta ejen produk berkenaan di seluruh negara.

Scroll to Top