๐‘๐š๐ฒ๐ฎ ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก ๐ฉ๐ซ๐จ๐ฌ๐ž๐๐ฎ๐ซ ๐ง๐š๐ข๐ค ๐ญ๐š๐ซ๐š๐Ÿ ๐ซ๐ž๐›๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐ค๐ž ๐ซ๐ž๐›๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ

ALOR SETAR: Kerajaan perlu mengkaji semula peraturan dan prosedur pertukaran reban ayam terbuka yang sudah lama beroperasi kepada reban tertutup agar tidak membebankan penternak dalam merancang pembangunan kawasan penternakan masing-masing.

Pengarah Urusan syarikat penternakan, pengedaran dan pemprosesan bumiputera, Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Hajah Mazlina Kamarudin berkata, pihaknya menyahut seruan kerajaan agar menaiktaraf reban ayam itu yang dapat melestarikan alam sekitar selain menjamin operasi ternakan lebih canggih serta efisyen.

โ€œKita tidak nafikan masalah bekalan ayam yang berlaku sekarang disebabkan pelbagai masalah yang harus ditanggung penternakan dalam menyelenggara ternakan di reban.โ€‹

โ€œSistem reban tertutup akan menjamin tumbesaran ayam yang lebih baik kerana tidak mudah dipengaruhi faktor cuaca seperti hujan. Contohnya ketika hujan ayam, cuaca sejuk akan mempengaruhi tumbesaran haiwan ini sehingga menyebabkan banyak yang mati dan bekalan jadi kurang.

โ€œKami memang menyahut seruan kerajaan itu untuk berubah daripada sistem reban terbuka kepada reban tertutup sepenuhnya, namun prosedur yang ditetapkan kerajaan terutama daripada pihak Majlis Daerah sangat ketat,โ€ katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, antara peraturan yang dianggap membebankan penternak adalah Kebenaran Merancang (KM) yang ditetapkan pihak majlis daerah.โ€‹

โ€œUntuk mendapatkan KM ini bukan mudah kerana penternak terikat dengan pelbagai syarat seperti merancang sebuah kawasan perumahan sedangkan kami ingin menerapkan pendekatan kelestarian alam di kawasan tersebut untuk pastikan tumbesaran anak ayam lancar.

โ€œKalau tidak dapat KM kami tidak dapat kebenaran daripada pihak TNB juga untuk bina substesen di kawasan itu. Kalau tidak dapat substesen macam mana nak tukar daripada reban terbuka kepada reban tertutup,โ€ katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, kerajaan juga harus mempertimbangkan agar kelonggaran diberikan kepada ladang terbuka yang sudah lama beroperasi bagi memudahkan pertukaran sistem reban itu.

โ€œKerana ini secara tidak langsung menjamin bekalan ayam pada masa hadapan juga. Ayam yang dibela dalam reban tertutup tidak dipengaruhi faktor cuaca. Ladang baharu tidak menjadi masalah kerana ia merupakan reban tertutup namun reban yang sudah berpuluh tahun ini harap kerajaan longgarkan permohonan untuk naiktarafnya.

โ€œKami di Ayam Bismi mempunyai modal untuk menukar reban terbuka kepada reban tertutup namun terhalang dengan isu KM ini.

โ€œKalau kerajaan tidak memandang berat isu ini kita khuatir jika isu ini tidak ditangani dengan baik masalah bekalan ayam ini akan terus berlaku malah lebih teruk pada masa akan datang jadi isu kenaikan ayam ini tidak kesudahan,โ€ katanya.

Kenaikan harga ayam di pasaran kembali menjadi polemik ekoran masalah bekalan ayam selain kenaikan harga dedak dan anak ayam.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

 

Scroll to Top