ALOR SETAR: Situasi pandemik Covid-19 yang seakan-akan tiada penghujung mengakibatkan sejumlah peniaga kecil bergelut untuk bertahan malah ada yang terpaksa gulung tikar.
Itu dialami usahawan pakaian umrah muslimah, Mastura Abdul Rahman, 49, dari Shah Alam, Selangor yang cukup terkenal dengan label, Daliajamil itu turut mengakui perniagaannya itu mengalami kemerosotan sejak pandemik tahun lepas.
โโJualan produk saya itu menyusut lebih 50 peratus sejak tahun lepas apabila umat Islam tidak dapat menunaikan umrah kerana pandemik,โ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
โKondisi itu juga bagaimanapun membuka jalan kepada ibu anak lima ini beralih kepada ejen produk Ayam Bismi sepenuh masa di samping pelbagai produk makanan lain termasuk sejuk beku.
โStrateginya itu menjadi, kata Mastura, apatah lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila dia menerima tempahan produk berasaskan ayam itu berlipat kali ganda.
โโSaya akui jualan produk Ayam Bismi ini meningkat ketika PKP. Dulu saya ambil produk cuma 50 pek sahaja dan habis kira-kira sebulan. Tetapi ketika PKP 1.0 tahun lepas jualan bertambah 100 pek sebulan.
โโSekarang 200 hingga 300 pek sebulan. Alhamdulillah. Perkara ini memberi saya semangat untuk memajukan diri sebagai usahawan ayam ini. Saya percaya perniagaan berasaskan makanan ini sentiasa ada pelanggannya, โ katanya.
โMenurut Mastura, dia diperkenalkan dengan produk Ayam Bismi itu kira-kira tiga tahun lepas sewaktu mengusahakan butik kafe di Shah Alam.
โโSelain pakaian label sendiri, saya jual juga produk makanan termasuk Ayam Bismi dalam kuantiti yang kecil sahaja itu pun saya ambil daripada stokis. Cuma selepas kafe itu terpaksa ditutup tahun lepas saya berniaga di rumah sahaja,โ jelasnya.
โSesuatu yang menarik tentang Mastura, selain memajukan bisnes ayam tersebut untuk meningkat pendapatan keluarganya dia turut menggalakkan kenalannya membabitkan diri dalam bidang yang sama.
โโSetakat ini saya mempunyai empat dropship dan seorang yang sudah naik jadi ejen. Ada dalam kalangan mereka yang kehilangan kerja dan bisnes gulung tikar sebab Covid-19 ini jadi saya bagi dorongan kepada mereka untuk jadi usahawan ayam.
โโSaya tahu bisnes ayam ini mampu bertahan dan saya pun berharap daripada ejen akan menjadi stokis pula nanti. Selain dapat wang tambahan saya juga dapat bantu beri kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan mencari makanan yang halal toyyiban,โ katanya.
โBismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.
Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.
โSelain itu Ayam Bismi turut mengeluarkan produk seperti ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Tidak ketinggalan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.
โMereka yang berminat untuk mendapatkan tip, ilmu serta bimbingan percuma bagaimana menjadi usahawan ayam halal boleh menyertai group Telegram Bismi2u https://t.me/bismi2u.