๐๐ž๐ง๐ข๐š๐ ๐š ๐ข๐ค๐š๐ง, ๐ฌ๐š๐ฒ๐ฎ๐ซ ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐š๐ซ๐ข ๐ซ๐ž๐ณ๐ž๐ค๐ข ๐๐ข ๐๐‰๐” ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข

ALOR SETAR: Kelibat lori ikan dan sayur di hadapan Pusat Jualan Utama (PJU) Ayam Bismi di Simpang Empat Kangkong di sini sudah biasa bagi pelanggannya sejak lima tahun lepas.

Pelbagai jenis ikan dan sayur dijual memudahkan pelanggan Ayam Bismi yang berkunjung ke situ mendapatkan barang basah lain di bawah satu bumbung selain ayam segar.

Bagi pemiliknya, Ahmad Fazail Ishak, 51, dia terhutang budi apabila berpeluang menumpang berniaga di pekarangan PJU itu atas ihsan kedua-dua usahawan pemilik Ayam Bismi itu.

Malah katanya, selain membenarkan dia berniaga di kawasan itu secara percuma kedua-dua individu tersebut yang sebenarnya yang turut memberi galakan kepadanya.

โ€œDulu saya naik motosikal keliling kampung jual ayam, dan ikan. Arwah bapa Haji Jaffri, ketika itu minta saya supaya mai jual ikan kat depan PJU ini.

โ€œMula-mula tongkat motosikal jual lah sejam kemudian dua tiga jam dan lama-lama terus bertapak di sini. Haji dan Hajah Mazlina yang bagi peluangโ€ฆ buat simen sikitโ€ฆ buat tapak elok depan ini supaya saya dapat berniaga dengan selesa. Daripada berniaga lori kecil sampai dapat beli lori besar sikit sekarang.

โ€œAlhamdulillahโ€ฆ memang kalau tak ada Haji dan Hajah bantuโ€ฆ bagi dorongan, motivasi saya masih bawa motosikal keliling kampung lagi rasanya,โ€ katanya.

Tambahnya, dengan jualan ikan dan sayur itu dia dapat menyara mereka sekeluarga lapan beranak sehingga kini termasuk tiga anaknya yang masih bersekolah.

Rutin Ahmad Fazail, setiap hari bermula seawal dinihari apabila apabila dia keluar rumah ke pasar borong di sini untuk mendapatkan bekalan ikan dan sayur sebelum ke PJU.โ€‹

โ€œSaya mula berniaga dari pukul 6 pagi sehingga 12 tengah hari di sini setiap hari dan dibantu oleh anak ketiga saya, Mohamad Kamarul Amin, 21,โ€ katanya yang menetap di Sungai Dedap Yan.

Menurutnya, dia akan terus berniaga di kawasan itu dan berhasrat untuk mewarisi perniagaan itu kepada anaknya pula suatu hari nanti.

โ€œSaya pegang amanah daripada arwah bapa Haji sehingga ke Haji dan Hajah sekarang yang banyak bantu kami sekeluarga.

โ€œJadi kami akan balas budi macam itulah. Haji dan Hajah pun pernah cakap berniagalah sampai bila-bila di sini, insyaAllah,โ€ katanya.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.

Selain itu Ayam Bismi turut mengeluarkan produk seperti ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Tidak ketinggalan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

 

Scroll to Top