๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ฃ๐ž๐ฃ๐š๐ฌ, ๐ฉ๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ฌ๐ž๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐ข๐ฏ๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง ๐ฌ๐ž๐ ๐ž๐ซ๐š

ALOR SETAR: Tindakan syarikat penternakan, pengeluaran dan pengedaran Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) mengehadkan pengeluaran bekalan bahan itu adalah bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di premis terutama kilang.

โ€‹Pengarah Urusannya, Hajah Mazlina Kamarudin memberitahu, ia susulan langkah meminimumkan pekerja termasuk di kilang pemprosesan bagi mencegah sebarang jangkitan Covid-19 ekoran peningkatan kes di Kedah ketika ini.

โ€‹โ€œKami (Ayam Bismi) perlu minimumkan jumlah pekerja yang bekerja di kilang demi meminimumkan risiko jangkitan Covid-19. Kami juga perlu minimumkan masa bekerja untuk semua pekerja supaya antibodi mereka kekal tinggi untuk melawan penyakit.

Memandangkan pandemik ini sangat tinggi di Kedah sekarang,โ€ katanya di sini hari ini.

Walaupun tidak menafikan langkah berkenaan akan menjejaskan pengeluaran, kata Hajah Mazlina, ia terpaksa dilakukan demi memastikan bekalan bahan itu tidak terputus langsung.

โ€‹”Pengeluaran ayam berkurangan kerana kami mengurangkan kemasukan ayam di ladang-ladang dan secara tidak langsung juga mengurangkan jumlah ayam yang diproses di kilang.

โ€‹โ€œMaka secara tidak langsung juga outlet-outlet dan ejen atau stokis akan mengalami kekurangan produk ayam. Begitu juga dengan reseller.

โ€‹โ€œIni sesuatu yang berat dilakukan tetapi kita bukan hanya fikir tentang keuntungan tetapi kelestarian operasi yang penting ketika pandemik ini walaupun syarikat mengambil kesemua langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di kilang, ladang mahupun pejabat,โ€ jelasnya.

โ€‹Sehubungan dengan itu, kata Hajah Mazlina, pihaknya merayu agar kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi pekerja disektor berkenaan dalam usaha memulihkan semua sektor tersebut dan menjamin pengeluaran serta bekalan ayam kembali seperti biasa.

โ€‹โ€œSemua syarikat berkaitan turut mengurangkan kemasukan ayam. Semua pemain industri berada dalam keadaan bimbang dan takut kerana ada kilang terpaksa ditutup dan yang sehingga beberapa kali kerana pekerja di jangkiti Covid-19.Bila kilang ditutup bekalan ayam diladang terpaksa di lelong kerana kos ternakan yang meningkat dari hari ke hari.Semakin besar semakin banyak kerugian yang terpaksa di tanggung oleh kami .

โ€‹โ€œIni langkah yang kita terpaksa ambil namun bagi jangka panjang kita khuatir ia menjejaskan bekalan makanan ini andai vaksinasi di sektor ini tidak dilaksanakan dengan segera,โ€ katanya.

Pada Jun lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengumumkan vaksinasi fasa keempat melibatkan sektor perkilangan seterusnya pembinaan, perladangan, peruncitan dan hospitaliti.

โ€‹Pengumuman tersebut memberi pelbagai reaksi dalam kalangan penggiat sektor penternakan memandangkan kelewatan vaksinasi dikhuaritiri menjejaskan bekalan makanan negara.

 

Scroll to Top