ALOR SETAR: โSaya bangga melihat di depan mata syarikat ini berkembang dari satu akaun syarikat kini tambah empat. Daripada satu akaun pelanggan kini sudah bertambah-tambah.โ
Itu kata Ketua Jabatan Akaun dan Kewangan, Nur Qamariah Omar, 37, yang sudah 11 tahun berkhidmat dengan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi).
Lebih daripada itu, Nur Qamariah mengakui, persekitaran kerja di Ayam Bismi yang tidak ubah seperti satu keluarga yang besar bukan syarikat biasa itu menjadi alasan kenapa beliau setia di sini.
โDari segi majikan, macam Haji Jaffri dan Hajah Mazlina. Mereka bukan macam bos sangat lebih kepada ketua yang sentiasa membimbing saya terutama ketika saya baru masuk dulu.
โMacam rakan sekerja yang lain juga, kami bekerja semacam satu keluarga yang besar. Semangat sepasukan itu sentiasa ada bila ada isu kami bincang bersama-sama,โ kata ibu kepada tiga anak ini.
Bercerita tentang awal kariernya bersama Ayam Bismi, graduan Universiti Islam Antarabangsa ini memberitahu, semua berawal dengan keinginannya untuk kembali berkhidmat di negeri kelahirannya.
โSelepas habis belajar saya bekerja di sebuah firma audit di Kuala Lumpur selepas setahun saya mula terfikir untuk kembali ke Kedah kerana nak dekat dengan keluarga.
โNiat saya mulanya memang macam itu saja. Minta kerja sebagai Eksekutif Akaun dekat Ayam Bismi terus dapat. Tetapi persepsi saya dengan kerja dan Ayam Bismi berubah selepas itu.
โMula cuma sebab nak dekat dengan keluargaโฆ lama selepas itu saya suka di sini sebab ini syarikat bumiputera yang stabil kerana kita berniaga produk ayam dan lebih penting halal toyyiban,โ katanya.
Menjaga dan menguruskan hal ehwal kewangan Ayam Bismi termasuk anak syarikatnya ketika zaman pandemik Covid-19, kata Nur Qamariah, tidak dinafikan sangat mencabar.
Apatah lagi pandemik ini juga mengakibatkan banyak syarikat tidak mampu bertahan ketika ini walaupun dalam sektor perkhidmatan perlu seperti ternakan, dan ia dikaitkan dengan kegagalan menguruskan kewangan syarikat dengan bijak termasuk aliran tunainya di kala penerapan norma baharu dalam syarikat berkenaan.
โDua bulan yang lepas paling mencabar apabila harga ayam jatuh menjunam, syarikat mengalami kerugian dan kewangan syarikat terhad jadi semua perbelanjaan disusun semula apa yang perlu dan apa yang tidak perlu,โ katanya.
Ditanya tentang pengalaman menarik lain sepanjang bersama Ayam Bismi, kata Nur Qamariah, peluang melancong ke luar negara bersama majikan dan rakan sekerjanya seperti China dan Thailand.
โItu antara yang manis dapat bercuti bersama-sama,โ katanya.
Memberitahu tentang harapan untuk masa depannya kata Nur Qamariah, beliau ingin berjasa dengan syarikat ini selagi khidmatnya diperlukan.
โSaya pernah cakap dengan Hajah Mazlina, selagi diperlukan selagi itulah saya akan di sini kerana saya bermula daripada bawah iaitu sebagai Eksekutif ke Pengurus sehingga Ketua Jabatan Akaun ini, kalau ada rezeki di sini saya akan terus di sini,โ katanya.
Dalam pada itu, menurut Hajah Mazlina Kamarudin yang juga Pengarah Urusan Ayam Bismi, Nur Qamariah adalah antara pekerja yang sudah lama berkhidmat dan menyaksikan jatuh bangun syarikat itu sehingga hari ini.
โNur Qamariah antara pekerja yang sudah melalui banyak fasa Ayam Bismi. Saat kita ada masalah dia banyak bantu dan di pihak Jabatan Akaun dan Kewangan tanpa pengurusan kewangan yang baik syarikat akan mengalami efek yang buruk terutama ketika pandemik ini,โ katanya.
Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.
Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.
Bismi Empire Sdn. Bhd. turut mempunyai empat anak syarikatnya termasuk Ayam Bismi Sdn. Bhd. Bismi Cergas Sdn. Bhd., Naka Biolife Sdn. Bhd., dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.