ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu segera menangani isu kenaikan kos dedak dan anak ayam di pasaran terutama ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika ini yang mempengaruhi kos ternakan sekali gus harga ayam di pasaran.โ
Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Hajah Mazlina Kamarudin berkata, kenaikan harga dedak daripada RM80 setiap pek 50 kilogram (kg) kepada RM128 ketika ini sangat membebankan penternak.
โKos utama ayam adalah dedak bila harga dedak naik jadi secara langsung harga ayam akan naik. Kepada penternak ini satu isu yang besar dan perlu diatasi segera.
โBukan semata-mata tentang kenaikan harga ayam itu sahaja yang dipolemik dan dilihat seolah-olah penternak yang โbersalahโ.
Penternak tertekan kerana menanggung kos yang tinggi ketika PKP dan terus terang banyak penternak yang sudah bungkus kerana masalah ini sudah lama berlaku,โ katanya.
Beliau mengulas tentang isu kenaikan harga ayam di pasaran ketika ini yang mendatangkan rungutan dalam kalangan pengguna dan peniaga makanan.โ
Mengulas lanjut kata beliau, kenaikan harga ayam di pasaran ketika ini tidak boleh diletak di bahu penternak sahaja malah perlu dikaji dengan mendalam oleh kementerian sekali gus mengambil langkah proaktif menanganinya.โ
โBukan ingin salahkan sesiapa tetapi perkara ini perlu ditangani segera demi menstabilkan harga ayam di pasaran. Syarikat pengimport dedak juga tidak boleh dipersalahkan kerana mereka turut terbeban dengan kenaikan harga dedak di pasaran dunia kerana pandemik.โ
โTerus terang dedak seperti jagung dan soya ini menjadi komoditi penting dalam sektor ternakan ini sekali gus menjadi rebutan oleh negara-negara besar dunia sehingga apa yang kita peroleh adalah dedak yang kurang berkualiti dan seterusnya menjejaskan tumbesar ayam.
โSepanjang Jun hingga Ogos lepas adalah tempoh yang kritikal bagi tumbesar anak ayam kerana kualiti dedak ini sebabkan ayam sakit malah kematian. Bila keadaan ini berlaku kos ubatan tinggi dan begitu juga dengan suplemen untuk ayam untuk pastikan tumbesarannya stabil. Perkara ini juga mempengaruhi kenaikan kos ternakan ayam,โ katanya.
Katanya, penguatkuasaan PKP yang masih berlangsung ketika ini turut mempengaruhi operasi syarikat ternakan ayam terutama ketika pekerjanya lewat menerima vaksinasi Covid-19.
โBila kita lambat divaksin jadi pelbagai masalah berkait timbul. Kos operasi meningkat demi untuk pastikan tiada jangkitan selain tenaga kerja terpaksa dikurangkan hampir 60 peratus termasuk di kilang memproses.
โAyam adalah komoditi, harga akan naik sendiri apabila bekalan kurang dan akan jatuh apabila berlaku lambakan. Itu adalah proses semula jadi. Namun kita sangat berharap campur tangan kerajaan dalam menangani isu kenaikan dedak ini secepat mungkin,โ katanya.
Walau bagaimanapun, kata beliau, kenaikan harga ayam ketika ini dipercayai bersifat sementara ekoran pengeluarannya yang dijangka bertambah.โ
โApa pun kita sangat berharap agar MAFI melihat dan menjaga industri ternakan ayam ini secara menyeluruh agar kami penternak tidak sentiasa disalahkan apabila berlaku kenaikan harga ayam di pasaran.
โBukan semua mahu menternak ayam ketika harga ayam jatuh dan hanya yang memikirkan kepentingan bekalan bahan ini sahaja yang sanggup bertahan walaupun terpaksa menampung kerugian.โ
โSektor ternakan tidak mendapat apa-apa subsidi daripada kerajaan namun kita berharap sebarang isu yang berbangkit seperti kenaikan dedak ini ditangani dengan baik agar semua pihak tidak menuding jadi ke arah kami ketika harga ayam naik,โ katanya.
Beliau bagaiamana pun memberitahu, harga ayam segar yang dijual di Pusat Jualan Utama syarikat berkenaan dan di outletnya masih rendah berbanding tempat lain kerana ia tidak melibatkan kos orang tengah.