ALOR SETAR: Kerajaan perlu menangani isu kenaikan harga ayam daripada peringkat akar umbi bagi penyelesaian jangka panjang bukan sekadar melaksanakan “kawalan” atau perintah dan amaran turunkan harga ayam setiap kali isu berkenaan timbul.
โ
Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Hajah Mazlina Kamarudin berkata, pelaksanaan kawalan harga itu tanpa kajian terperinci melibatkan pihak penternak dikhuatiri melumpuhkan industri ayam sekali gus mewujudkan kelompok monopoli yang kelak merugikan pengguna.
โ
โMenangani harga ayam bukan sekadar memerintah untuk menurunkan harga ayam. Selagi perkara ini tidak ditanganiโฆ diselesaikan daripada isu pokok iaitu kenaikan harga dedak dan anak ayam maka benda ini akan terus โberdarahโ kepada penternak. Akhirnya sebabkan penternak kecil serta sederhana pupus. Akhirnya nanti pengguna akan tanggung kenaikan kos lebih tinggi.
โ
โDalam erti kata lain, pengguna akan tanggung kos yang tinggi untuk beli ayam apabila hanya tinggal syarikat besar yang monopoli,โ katanya di sini hari ini.
โ
Beliau mengakui monopoli dalam industri ternakan ayam yang berlaku seperti di Sabah tidak menguntungkan pengguna apabila mereka menanggung kos ayam tinggi sehingga RM10 setiap masa.
โ
โDi Sabah harga ayam adalah RM10โฆ itu biasa kerana tidak ada penternak kecil atau sederhana di sana. Kalau ada penternak kecil pun kena berpayung dengan penternak besar jadi penternak kontraklah. Monopoli seperti ini yang harus kita elak kerana merugikan pengguna juga,โ katanya.
โ
Sehubungan dengan itu katanya, sebagai penternak pihaknya mohon agar kerajaan menyelesaikan masalah kenaikan harga ini dengan situasi menang menang agar tidak terus membebankan industri ayam sekali gus mengakibatkan penternak gulung tikar.
โ
โMaksudnya isu ayam boleh dikawal tetapi dikawal dengan tidak โmematikanโ penternak kecil dan penternak sederhana yang tak ada kilang dedakโฆ tak ada pusat penetasan anak ayam.
โ
โSyarikat besar mungkin tidak ada masalah untuk menurunkan harga kerana margin keuntungan mereka masih boleh diperoleh daripada hasil dedak atau anak ayam kerana penternak kecil dan sederhana ini masih membelinya pada harga tinggi,โ jelasnya.
โ
Tambah beliau, penternak masih menanggung kos kenaikan harga dedak yang tinggi ketika iaitu dengan kenaikan lebih 40 peratus sejak tahun lepas.
โ
โKalau dulu RM80/bag sekarang RM112 maka kenaikan dedak adalah 40 peratus. Maka harga ayam sepatutnya dibiarkan float sehingga RM9.80/kg. Kerana kenaikan 40% untuk harga ayam yang dulunya RM7/kg adalah RM9.80/kg”
โ
โJadi kita rayu biarlah harga ayam ini kekal โfloatโ mengikut hukum harga pasaran ayam. Demand dan supply” katanya.
โ
“Kedaan sekarang. Bila naik dikawal. Bila turun walau rendah sehingga kerugian, tanggung sendiri” ujar beliau lagi.
โ
Beliau pada masa yang sama berharap kerajaan akan mempermudahkan proses menaiktaraf sistem reban terbuka kepada sistem tertutup dalam usaha memastikan kelestarian segmen ternakan ayam itu.
โ
โWalaupun sekarang untuk membina apa pun tinggi kosnya namun penternak terpaksa beralih kepada sistem tertutup demi industri ayam ini jadi kita rayu kerajaan permudahkan,โ katanya.
โ
Baru-baru ini kerajaan memaklumkan pihak industri bersetuju untuk menurunkan harga ayam di peringkat pengeluar atau peladang sekali gus membolehkan pengguna mendapatkan bekalan bahan makanan itu dengan harga berpatutan.
โ
Dalam kenyataan bersama oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, persetujuan itu dicapai dalam satu mesyuarat libat urus yang diadakan oleh dua kementerian itu bersama pihak industri.