ALOR SETAR: Tiga bulan! Itu sahaja masa yang diambil Mohd. Huzairi Kassim, 46, dari Masjid Tanah Melaka menaiktaraf statusnya daripada ejen kepada stokis Ayam Bismi.
โ
Daripada menjual cuma 50 pek Mohd. Huzairi, jualannya kini lebih 400 pek setiap minggu bagi pasaran di negeri bersejarah berkenaan termasuk Alor Gajah dan Masjid Tanah.
โ
โSaya mahu menjenamakan Ayam Bismi di Melaka slogan saya bukan jual ayam tetapi jual Ayam Bismi,โ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
โ
Di sebalik kejayaan itu, Mohd. Huzairi mengakui pernah skeptikal dengan produk berkenaan ketika mula-mula diperkenalkan oleh seorang penjual pada penghujung tahun lepas.
โ
โJurujual ini memberitahu, kalau sudah mula makan Ayam Bismi kita tak akan makan ayam lain dah. Mula saya anggap biasalah jurujual nak jual barang.
โ
โLepas makan memang betullah cakap dia. Kalau dah kenal Ayam Bismi memang tak minat ayam lain dah. Beberapa bulan selepas itu saya cuba jadi ejen ambil 50 pek dulu,โ ceritanya.
โ
Tambahnya lagi, dengan bantuan seorang rakan kongsi mereka berjaya meningkatkan jualan kepada 400 seminggu pada Jun lepas.
โ
โSaya mempunyai 11 ejen dan sasaran saya untuk melantik 30 ejen tahun depan dengan jualan lebih 2,000 pek setiap setiap minggu kelak,โ katanya.
โ
Jelasnya, berbanding dengan peniaga produk sejuk beku lain dia berhasrat untuk memfokuskan kepada produk Ayam Bismi sahaja.
โ
โSaya mahu pastikan produk Ayam Bismi ini takluki Melaka. Sama seperti produk burger orang akan ingat jenama Ramly,โ katanya.
โ
Katanya, produk berkenaan kini dipasarkan di premis jualan mereka dekat Cheng bagi memudahkan urusan ejen mendapatkan produk tersebut.
โ
Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan,
sembelihan dan pengedaran produk.
Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.
โ
Selain itu Ayam Bismi turut mengeluarkan produk seperti ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Tidak ketinggalan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.
โ
Mereka yang berminat untuk mendapatkan tip, ilmu serta bimbingan percuma bagaimana menjadi usahawan ayam halal boleh menyertai group Telegram Bismi2u https://t.me/bismi2u.
Sehingga kini terdapat lebih 600 stokis serta ejen produk berkenaan di seluruh negara.