ALOR SETAR โ Menyantuni asnaf termasuk memasak dan berkongsi resipi masakan dengan mereka menjadi rutin Chef popular negeri ini, Mohammad Saifudin Rosli, 42, yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) merangkap dutanya sejak 2016.
โTerkenal dengan jolokan Chef Din, beliau mengakui ada ketikanya airmata mengalir tanpa dirasai apabila menerima ucapan terima kasih daripada golongan berkenaan ketika menyertai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) di seluruh negeri ini.
โMenurut Chef Din yang berasal dari Sungai Petani ini, detik-detik tersebut mengharukan apatah lagi ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dan banyak yang terkesan kehidupan seharian, beliau berpeluang berbakti dan menceriakan mereka.
โโSepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya masih aktif dengan aktiviti CSR di seluruh daerah bersama pelbagai pihak. Saya rasa bertuah kerana sedikit sebanyak dapat melakukan sesuatu kepada golongan asnaf dan orang susah ini.
โโKadang-kadang bila tengok mereka โenjoyโ dengan masakan kita malah ada yang terharu apabila kita santuni mereka, memang itu saat-saat yang membuatkan air mata bergenang juga,โ katanya ketika ditemui di Pusat Jualan Utama Ayam Bismi di Kangkong di sini hari ini.
โSelain mengadakan aktiviti CSR mewakili syarikat milikan bumiputera berkenaan bersama golongan asnaf, Chef Din juga sering turun padang untuk bersama barisan hadapan termasuk petugas kesihatan, polis, dan bomba.
โโIni juga satu penghormatan buat saya kerana berpeluang berkhidmat untuk mereka yang ketika ini bertungkus lumus membantu anggota masyarakat berdepan dengan Covid-19,โ ujar bapa kepada tiga cahaya mata ini.
Bercerita tentang pembabitannya dalam bidang kulinari itu, katanya, ia bermula lebih dua dekad lalu ketika menuntut ilmu di sebuah pondok di Pattani, Thailand.
โโPada masa itu, saya menjadi pembantu tukang masak malah selepas habis mengaji saya bekerja tukang masak di Pattani lebih empat tahun sebelum kembali ke Malaysia dan berkhidmat di Kuala Lumpur selama enam tahun dengan pelbagai syarikat dan agensi bagi menimba ilmu,โ ceritanya yang mempunyai diploma dalam bidang kulinari.
โChef Din mengakui ilmu pengetahuan yang dipelajari ketika menuntut di madrasah sewaktu remaja banyak mempengaruhi prinsip masakannya yang sentiasa mementingkan bahan mentah yang halal dan penyediaan yang bersih.
โAtas alasan tersebut juga beliau menerima tawaran untuk berkhidmat dengan Ayam Bismi sebagai Duta dan Pengarah Komunikasinya.
โSaya dan Ayam Bismi berkongsi misi yang sama iaitu kami mementingkan sesuatu yang halal toyyiban untuk ummah.
โโDulu masa saya belajar di sekolah pondok, ada satu kitab yang kami belajar bertajuk Bicara Tentang Hati yang ada menyebut bahawa salah satu faktor hati kita kotor, gelap dan sebagainya adalah disebabkan pemakanan.
โ”Ini bermaksud apa yang kita makan, akan jadi darah daging kita dan secara tidak langsung turut membentuk keperibadian kita,” katanya.Jelasnya, lebih dua dekad sebagai chef, pelbagai pengalaman pahit dan manis ditempa termasuk berpeluang memasak untuk kerabat diraja dalam suatu majlis.
โ”Sebelum PKP ini saya sering dijemput memasak untuk kerabat diraja seperti Sultan Kedah, Raja Perlis dan lain-lain,โ katanya yang ceria ketika berkongsi foto kenangan lama itu. Bersama Ayam Bismi, kata Chef Din, beliau berhasrat untuk terus mempromosikan konsep halal toyyiban itu demi kepentingan ummah.
โโSaya berharap syarikat ini terus dikenali ramai kerana matlamat syarikat adalah untuk memastikan halal toyyiban untuk orang Islam,โ katanya yang turut merancang untuk memartabatkan makanan tradisional Kedah.
Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.