KUALA NERANG: Tiga belas tahun yang lalu, Masroh Tualdi, 35, dari Semarang, Jawa Tengah di Indonesia terpaksa mengelilingi kampung meminjam wang dari jiran untuk datang ke Malaysia mencari rezeki.
Hari ini, siapa sangka bukan sekadar kesemua hutang itu berjaya dilangsainya dengan mudah malah dia mampu membeli sekeping tanah dan membina sebuah rumah untuk keluarga di kampung.
โMasroh adalah salah seorang daripada 101 pekerja asing yang kini mencari rezeki di 18 ladang ternakan milik Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi).
Lelaki ini mengakui โbahagiaโ berkerja di Ayam Bismi sejak 13 tahun lepas bukan sahaja kerana pendapatan lumayan yang diraihnya malah mampu memberi kesenangan hidup kepada keluarga di kampung di Semarang.
Mengimbas saat menerima tawaran daripada seorang ejen pekerja asing, bapa kepada seorang anak ini bercerita dia terpaksa berhutang lebih RM3,000 daripada jiran untuk dibayar kepada ejennya.
โYa! Keluarga saya miskin di sana, mahu ke sini saya terpaksa berhutang untuk bayar ejen bagi semua urusan mendapatkan permit dan pengangkutan. Tetapi itu hutang itu sudah saya langsaikan.
โSaya akui senang di ladang ini. Kerja senang dan dapat upah juga boleh tahan kerana saya akhirnya mampu membeli tanah di kampung dengan harga 11 juta rupiah dan bina sebuah rumah dengan harga 30 juta rupiah.โ
Sebenarnya itu sahaja tujuan saya kerja keras di sini iaitu menyenangkan keluarga, isteri dan anak,โ katanya yang kini bekerja di Ladang Kampung Rambutan, Padang Temak di sini.
Sebagai pekerja ladang, Masroh mengakui dia mampu memperoleh upah sehingga RM4,000 bagi setiap kitaran ayam yang sebahagiannya dijadikan simpanan dan dihantar pulang kepada keluarga di Indonesia.
โKerja saya senang aja. Jaga ayam, bagi ayam makan, bersih reban dan pastikan ayam sihat.. besar kerana upah saya berdasarkan prestasi kerja saya juga selain itu ada banyak elaun yang disediakan syarikat. Walaupun berpanas dan kotor tetapi bagi saya ini masih kerja yang senang,โ katanya.
Rakannya, Makros Ali, 40, juga dari Semarang memberitahu, pekerjaannya itu membolehkan dia menyara isteri dan tiga anaknya terutama dua yang masih bersekolah.
โSudah lima tahun di ladang Ayam Bismi, walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga tetapi saya rela kerana ini sajalah cara saya untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.
โKalau saya masih di Indonesia saya rasa tidak mungkin mampu menyekolahkan anak-anak saya ini,โ katanya.
Ari Jatmiko, 30, dari Medan menganggap pekerjaannya itu menyeronokkan walaupun mencabar terutama ketika mereka perlu berurusan dengan ternakan yang perlu dipastikan membesar dengan baik.
โSeronok dan tidak pernah rasa bosan walaupun terpaksa diam di ladang yang jauh di pedalaman. Lagipun saya ketika bukan untuk menyenangkan diri saya tetapi membaiki ekonomi keluarga saya. Saya ada isteri dan anak yang harus dibahagiakan,โ katanya.
Sementara itu, menurut Pengurus Produksi Ladang, Shahidi Ishak, 34, upah yang diterima pekerja berkenaan berdasarkan kadar prestasi ternakan (BPI) mereka di samping beberapa elaun dan komisen lain.
โBoleh diandaikan banyak daripada pekerja ladang ini memberikan komitmen yang baik dan banyak daripada mereka memperoleh upah lumayan berdasarkan BPI itu. Mereka selalu bercerita kepada saya bagaimana wang yang diperoleh itu disimpan atau dihantar kepada keluarga.
โMalah ada yang sudah boleh beli harta yang banyak di kampung,โ katanya.
Menurut Shahidi, setiap reban di ladang terbuka akan dijaga oleh dua pekerja asing berkenaan sementara hanya seorang diperlukan bagi reban tertutup.
โKerja mereka akan bermula seawal 6 pagi setiap hari dan pada hari pertama anak ayam dibawa masuk ke reban sehingga hari tangkapan,โ katanya.
Pengurusan ladang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pekerja asing memandangkan sektor ternakan itu kurang menarik perhatian dalam kalangan penduduk tempatan.
Ayam Bismi kini mempunyai 18 ladang termasuk sebuah yang bakal beroperasi kelak dengan tujuh daripadanya adalah mempunyai sistem reban ayam tertutup. Kapasiti ternakan adalah dua juta ekor setiap kitaran.
Ladang Kampung Rambutan yang juga dikenali Ladang 3 iaitu ladang paling besar dengan kapasiti lebih 300,000 juga ekor. Terdapat sembilan reban dan empat lagi reban dalam pembinaan yang dijangka meningkatkan lagi kapasiti ternakan ladang berkenaan tidak lama lagi.
Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.
Bismi Empire Sdn. Bhd. turut mempunyai empat anak syarikatnya iaitu, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan,
Ayam Bismi Sdn. Bhd. (pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd., (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.(pemprosesan produk hiliran).