๐ƒ๐š๐ง๐š ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐œ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ค๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ ๐ฉ๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฆ๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐š๐ง

ALOR SETAR: โ€œBila kita bahagia, jangan lupa bahagiakan orang lain. Bila kita bahagiakan orang lain InsyaAllah kita semakin bahagia.โ€

Itu nikmat memberi โ€˜kebahagiaanโ€™ kepada orang lain apatah lagi kepada mereka yang memerlukan.

โ€‹Perkara itu juga menjadi amalan Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Hajah Mazlina Kamarudin dalam kehidupannya yang sering membantu mereka kurang berkemampuan.

โ€‹Terbaharu melalui, program bantuan Dana Ayah daripada cetusan ideanya sendiri yang menyediakan 22 bakul makanan untuk golongan berkenaan yang disampaikan semalam.

Dana Ayah unik, ikhlas dan tulus dari hati Hajah Mazlina untuk membantu meringankan beban pekerjanya terutama dari golongan asnaf, yatim piatu, OKU dan ibu tunggal.

โ€œSaya menyediakan bakul makanan kepada 22 pekerja adalah dana daripada hasil sewaan bendang arwah ayah saya di Perlis,โ€ katanya bercerita tentang dana tersebut.

Katanya, beliau sering terinspirasi dengan amalan arwah bapanya, Kamarudin Mat Hashim yang sering membantu orang susah ketika hayatnya.

โ€œArwah ayah saya gemar memberi dan menggembirakan hati orang lain.

โ€œBagi saya duit ini boleh cari tetapi saya ingin meraikan kegembiraan ayah itu kepada orang orang yang menerima bakul tersebutlah,โ€ katanya.

Beliau juga berharap apa yang dilakukan itu pada masa yang sama menjadi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

โ€œKadang-kadang kita ada duit peninggalan arwah ayah dan ibu kita belanjalah dengan cara menghantar pahala kepada mereka.

โ€œKadangkala kita lupa, kita rasa bila berlaku kematian ibu bapaโ€ฆterputus hubunganโ€ฆ kita belanja duit untuk diri sendiri. Sedangkan

segala pendapatan daripada mereka eloklah bagi balik kepada arwah melalui amalan sedekah,โ€ katanya.

Dalam pada itu menurut salah seorang penerima, Shamira Saamchโ€™ng, 19, dia terharu kerana terpilih menerima bakul makanan itu.

โ€œSaya baru dua minggu bekerja di sini tak sangka dapat bantuan makanan. Terima kasih Hajah,โ€ kata anak yatim piatu ini.โ€‹

Mohd. Fairud Abu Hasan, 41, yang juga pekerja am di Ayam Bismi melahirkan kesyukuran kerana terpilih menerima bantuan tersebut.

โ€œAlhamdulillah, sekurang-kurang ringan sikit beban bulan ini bila dapat beras percuma 10 kilogram lagi, telur dan barang dapur lain.

โ€œTerharu sangat dengan majikan yang sudi bantu. Moga Allah sentiasa balas jasa baiknya,โ€ katanya.

Mohd. Mukhriz Omar, 34, memberitahu selain terharu dia bersyukur kerana diterima bekerja dengan Ayam Bismi sejak awal bulan lepas.

โ€œDulu saya kerja kilang perabut tetapi nak solat tak boleh jadi saya minta kerja sini.

Alhamdulillah, tak sangka majikan di sini ambil berat hal pekerja,โ€ katanya yang juga seorang OKU masalah pembelajaran.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Bismi Empire Sdn. Bhd. turut mempunyai empat anak syarikatnya iaitu, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan, Ayam Bismi Sdn. Bhd. (pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd., (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.(pemprosesan produk hiliran).

 

Scroll to Top