๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐ก๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐š๐ง๐ญ๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐ข๐ฅ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ฎ๐ฌ๐ข๐›๐š๐ก ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐ฅ๐š ๐š๐ข๐ซ

YAN: Bencana kepala air yang mengakibatkan banjir lumpur di Yan minggu lepas mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk di daerah berkenaan termasuk salah seorang pekerja Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi).

Insiden itu menyebabkan rumah yang didiami pemandu Ayam Bismi, Mohd. Rosdi Ismail, 33, di Kampung Lubuk Boi dekat ini dinaiki air dan lumpur sehingga paras lutut pada hari kejadian sekali gus merosakkan keseluruhan barang di rumah berkenaan.โ€‹

Bercerita tentang kejadian pada petang Rabu itu, kata Mohd. Rosdi, air naik dalam sekelip mata sehingga mencemaskan anggota keluarga termasuk isteri, Siti Nur Ain Mohd. Yusof, 35, yang sedang berpantang lapan hari setelah melahirkan anak kedua mereka.

โ€œSaya dan anggota keluarga lain termasuk ibu bapa yang tidak sihat serta isteri dan anak kami berada dalam keadaan cemas kerana air naik mendadak. Dalam masa setengah jam rumah sudah dimasuki air sepenuhnya.

โ€œDalam keadaan itu juga saya terpaksa pindahkan mereka ke rumah saudara di Sungai Jagung demi keselamatan. Banyak barang tidak dapat diselamatkan dan rosak terus termasuk perabut, pakaian dan peralatan elektrik,โ€ katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian itu adalah yang terburuk pernah dilalui mereka sepanjang menetap di kawasan itu.

โ€œBanjir biasa tapi tak seteruk ini rumah dipenuhi dengan lumpur selepas banjir surut. Banyak barang tak boleh nak pakai dah kerana rosak,โ€ katanya.

Prihatin dengan nasib keluarga ini, syarikat berkenaan tampil menghulurkan bantuan wang tunai yang disumbangkan oleh majikan dan pekerja Ayam Bismi melalui kutipan tabung kilat bencana alam untuk mangsa baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Jabatan Logistik Ayam Bismi,Jamal Nasseir Abu Hassan yang menziarahi dan menyantuni keluarga tersebut hari ini. Menurut Mohd. Rosdi, dia sangat terharu dengan keprihatinan syarikat yang peka dengan nasib kami sekeluarga sejak ditimpa bencana itu.

โ€œKetua saya tak putus-putus bertanyakan khabar. Saya pernah bekerja dibanyak tempat sebelum ini dan Ayam Bismi yang terbaik dalam kebajikan pekerja.

โ€œBantuan ini boleh kami gunakan untuk beli kelengkapan rumah yang rosak,โ€ katanya.

Dalam pada itu menurut Pengarah Urusan Ayam Bismi, Hajah Mazlina Kamarudin, syarikat cukup bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas mangsa dan berusaha membantunya.

โ€œBantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka sekeluarga dan kita doakan dipermudahkan kesihatan untuk mereka ketika berdepan musibah ini dengan sebaik mungkin, โ€œ katanya.

 

Scroll to Top