๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ข ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž๐๐ฎ๐š ๐›๐ข๐ง๐š ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š

ALOR SETAR: Apa perniagaan yang tidak pernah diceburinya? Daripada terjebak dengan perniagaan MLM sehingga terjun ke dunia ternakan lembu, penanaman jagung ke pembekal bahan binaan.โ€‹

Di sebalik kegigihan membangun karier itu, nasib tidak pernah menyebelahinya apabila bisnes diusahakan itu gagal membawa pulangan sekurangnya setimpal dengan kudrat dan modal dipertaruhkan.

โ€œPernah terlibat MLM sehingga โ€˜downlineโ€™ saya melebihi 500 dan pendapatan lebih RM20,000 tetapi gagal apabila orang atasan tidak menguruskan wang dengan cekap.

โ€œPernah juga ternak ratusan lembu tetapi gagal sebab orang tempah tetapi tak mahu bayar sampai kena lelong lembu, tak apa saya anggap tak ada rezeki. Lepas itu tanam jagung lebih 1.5 ekar pun tak berjaya sebab orang tempah tetapi tak mahu ambil sampai jadi lambakan dan saya ke sana sini โ€˜tolakโ€™ jagung itu kat orang lain,โ€ cerita Mohd. Syafiq Abdullah, 32.

Kesemua dugaan dan ujian yang ditempuh seawal usia belia itu bagaimanapun tidak pernah melemahkan semangat anak jati Kedah ini untuk meningkat taraf hidup.โ€‹

Mohd. Syafiq mengakui hidupnya berubah apabila menemukan peluang kedua dengan syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam, Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) pada 2016.โ€‹

โ€œSeorang kawan memberitahu Ayam Bismi nak buka outlet di Sungai Petani Selatan dan saya cuba nasib minta kerja di situ sebagai Pengurus. Enam bulan kemudian saya ke ibu pejabat sebagai Pengurus Jualan dan Pemasaran FFC (produk ayam segar beku),โ€ kata bekas graduan Ijazah Pengurusan Awam dari UUM ini.

Mohd. Syafiq mengakui kariernya bersama Ayam Bismi berkembang seperti juga produk FFC itu yang dahulu cuma dikeluarkan sekitar 200 pek sehari kini mencecah ribuan pek.

Dengan jawatan terbaharunya sebagai Ketua Pembangunan Ejen, Mohd. Syafiq memikul tanggungjawab merekrut dan menjaga โ€˜rapportโ€™ dengan ejen serta stokis FFC berkenaan selain memastikan pembangunan bisnes usahawan ayam itu.

โ€œAlhamdulillah. Saya rasa lebih tenang dan stabil di Ayam Bismi. Mungkin kerana keberkatan yang saya peroleh apabila terlibat dalam bidang berkaitan halal toyyiban.

โ€œAsal kewujudan produk FFC ini juga adalah berdasarkan keinginan majikan kami, Haji Jaffri Ahmad dan Hajah Mazlina Kamarudin yang ingin pasarkan ayam yang halal toyyiban bukan sahaja kepada orang Kedah tetapi seluruh Malaysia secara sejuk beku. Saya bangga menjadi sebahagian daripada pasukan Ayam Bismi ini,โ€ katanya.

Jelasnya, diterima masuk sebagai warga Ayam Bismi lima tahun lepas di saat hampir lelah diuji dengan pelbagai musibah adalah peluang keduanya.

โ€œSaya cuma ingin ucap terima kasih kepada Haji dan Hajah yang beri saya peluang untuk membangunkan diri dengan Ayam Bismiโ€ฆ bagi saya peluang memperjuangkan yang halal toyyiban ke seluruh Malaysia,โ€ katanya.

Bercerita tentang harapannya kata Mohd. Syafiq, hasratnya untuk memastikan sasaran syarikat memiliki 2,000 ejen akan tercapai dalam masa terdekat.โ€‹

Demikian sisi lain Ayam Bismi yang mengumpulkan insan-insan hebat yang melalui pelbagai pengalaman hidup dan mempergunakan sepenuhnya ia untuk membangun syarikat ini untuk memastikan yang halal toyyiban dapat diperkembangkan demi ummah dan generasi akan datang.

โ€‹

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.

Selain itu Ayam Bismi turut mengeluarkan produk seperti ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Tidak ketinggalan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

 

Scroll to Top