π€ππš 𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 ππ’π¬π›πšπ₯π₯?

ALOR SETAR: Ayam Bismi Food Sdn. Bhd., anak syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) memperkenalkan pembungkusan baharu bagi produk paling popularnya, bebola ayam termasuk penjenamaan semula nama sebagai Bisball.

​

Pengarah Urusan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd., Ilia Hanati Jaffri berkata, kemasan baharu produk tersebut yang sudah berada di pasaran sejak minggu lepas sebagai salah satu langkah memberi kelainan dan pembaharuan yang lebih segar.

​

β€œBisball ini juga dipatenkan kerana ia merupakan label β€˜initial’ Ayam Bismi. Sambutan setakat ini sangat menggalakkan kerana bebola ayam ini adalah produk paling laris daripada Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.,” katanya.

Tambah beliau, sebagai permulaan pihaknya mensasarkan jualan sebanyak 10,000 sebulan bagi produk berkenaan.

​

Jelasnya lagi, pembungkusan baharu ini tidak mengubah kandungan bebola ayam berkenaan yang menggunakan bahan terbaik untuk menjamin keenakan dan khasiatnya.

β€œKeistimewaan bebola ayam ini, ia menggunakan 100 peratus ayam segar hasil ternakan Ayam Bismi yang berteraskan konsep halal toyyiban.

​

β€œBahan utama lain iaitu keju yang digunakan juga berkualiti tinggi,” katanya.

​

Jelasnya, terdapat dua jenis pembungkusan Bisball iaitu, berwarna merah tua bagi perisa asli dengan berat 800 gram dan oren kuning dengan perisa keju seberat 500 gram.

​

Bercakap tentang perancangan masa hadapan, kata beliau, Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. berhasrat untuk menambah lebih banyak produk seperti nuget ayam dan ayam goreng ranggup dalam usaha memberi nilai tambah kepada industri ini.

​

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Bismi Empire Sdn. Bhd. turut mempunyai empat anak syarikatnya iaitu, Bismi Cergas Sdn.

Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan,

Ayam Bismi Sdn. Bhd. (pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd., (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.(pemprosesan produk hiliran).

Scroll to Top