ALOR SETAR: Sekeluarga enam beranak yang baru saja terpaksa berpindah keluar daripada rumah mereka di Sungai Tiang Pendang mencari rumah sewa dengan duit hanya tinggal RM50. Ada anak masih kecil termasuk bayi berusia enam bulan bersama pasangan ini dan seketika mereka terpaksa menghuni dalam kereta Proton usang.
โKisah lain, seorang ibu berpantang bersama anak yang berusia 28 hari mengakui begitu teringin menikmati makanan di Rumah Makan Percuma (RMP).
โAda juga seorang wanita yang tidak mampu berjalan, bersama anaknya sanggup singgah ke sini untuk menikmati makan tengah hari kerana beranggapan itu cara paling menjimatkan.
โPaling menyedihkan, kisah isteri seorang nelayan yang sanggup menunggang motosikal dari Kuala Kedah ke sini untuk mendapatkan makanan bagi mereka empat beranak kerana suaminya belum pulang dari laut.
โDemikian kisah-kisah yang menjadi titipan warga RMP yang hari ini genap usia setahun. Walaupun masih setahun jagung RMP nyata menyimpan banyak kisah daripada tetamu yang hadir untuk menjamu selera di sini.
โTetamu ini sering berkongsi kisah mereka yang seringkali disambut dengan leraian air mata warga RMP kerana ia cukup menginsafkan.
Kisah-kisah inilah sebenarnya yang menjadikan RMP itu sangat relevan dan memberi semangat kepada seluruh warga Ayam Bismi untuk meneruskan tradisi memberi makan percuma kepada orang ramai terutama mereka yang kesempitan akibat pandemik Covid-19.
โRMP yang beroperasi berdekatan dengan Pusat Jualan Utama Ayam Bismi di Kangkong Simpang Empat dilahirkan pada 6 Julai tahun lepas dan ia diinspirasikan oleh Pengasas Ayam Bismi, Haji Jaffri Ahmad dan isterinya, Hajah Mazlina Kamarudin.
โTujuannya untuk membantu golongan yang memerlukan terutama asnaf, ibu tunggal dan warga emas terdiri daripada penduduk setempat namun RMP turut mendapat perhatian daripada penduduk di luar daerah ini.
Setiap hari sejak setahun lalu, ratusan penduduk akan singgah di sini bukan sahaja untuk menjamu selera namun beramah mesra dengan warga Ayam Bismi.
โ
Demikian kata Hajah Mazlina, RMP bukan sekadar menyediakan makanan percuma namun menjadi penghubung silaturahim mereka bersama penduduk.
โ
RMP juga melalui fasa sedih apabila terpaksa menutup operasi pada 25 Mei lepas sebagai usaha mencegah penularan wabak Covid-19 sehingga pelaksanaan PKP 3.0.
โSeperti kata, Hajah Mazlina, semacam ada kekurangan selain merasakan semakin banyak anggota masyarakat yang tertekan dan kesusahan kerana PKP 3.0, RMP beroperasi semula pada Ahad lepas secara bungkus.
Sebagai permulaan, sebanyak 100 bungkus makanan berkhasiat berupa nasi, lauk ayam dan sayur diagihkan kepada masyarakat setempat bermula pukul 12.00 tengah hari.
Bagi kedua-dua tokoh usahawan bumiputera ini, RMP diharapkan berterusan menjadi tempat untuk golongan memerlukan bergantung dan walaupun kecil ia diharapkan meringan serba sedikit beban mereka.
โโHari ini genap setahun, saya berharap RMP akan terus berjasa lagi untuk tahun-tahun seterusnya kepada mereka yang memerlukan,โ kata Haji Jaffri.
โRMP sebenarnya turut menyediakan makan tengah hari percuma kepada pekerjanya di sini sebanyak 150 bungkus sebagai tanda prihatin syarikat terutama ketika pandemik Covid-19 ini.
โPemberian makan tengah hari percuma itu juga usaha syarikat memastikan semua pekerja tidak perlu keluar membeli makanan di luar ketika waktu rehat tengah hari sekaligus mampu mengekang penularan Covid-19.