โโALOR SETAR: Dalam situasi serba susah di tengah pandemik, sedekah makan menjadi sesuatu sangat bermanfaat kepada anggota masyarakat terutama mereka yang terjejas teruk dan kehilangan sumber pendapatan.
โAtas alasan itu, Rumah Makan Percuma (RMP) yang beroperasi di premis kedai makan berdekatan Pusat Jualan Utama dan Kilang Memproses Ayam Bismi itu kembali mengagihkan makanan percuma hari ini tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 masih berkuatkuasa.
โSebagai permulaan, sebanyak 100 bungkus makanan berkhasiat berupa nasi, lauk ayam dan sayur diagihkan kepada masyarakat setempat terutama asnaf bermula pukul 12.30 tengah hari tadi.
โBeroperasi pada 6 Julai tahun lepas, agihan makanan melalui RMP yang diinspirasi oleh Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Hajah Mazlina Kamarudin dan suami, Haji Jaffri Ahmad yang juga Pengasas Ayam Bismi terpaksa dihentikan pada 25 Mei lepas setelah berlaku penularan wabak Covid-19 sehingga pelaksanaan PKP 3.0.
โSesuatu yang pasti agihan makanan itu mengundang keceriaan yang tidak terhingga dalam kalangan penduduk setempat terutama mereka yang sering berkunjung ke RMP sebelum ini.
โMenurut salah seorang penduduk, Zakaria Yusuf, 73, yang juga merupakan pengunjung setia RMP, dia melahirkan rasa syukur dengan pengagihan bungkusan makanan percuma itu.
โโKawan ada bagi tahu kelmarin, RMP buka balik tentunya syok sebab lepas juga makan nasi tengah hari, hari ini,โ katanya yang terpaksa menanggung lima beranak termasuk tiga cucu. Sementara, Mohd. Zaidi Md. Isa, 45, memberitahu mata pencariannya terjejas teruk sejak PKP 3.0 kerana perniagaan bengkel keretanya tidak mempunyai pelanggan.
โโSaya buka pomen dekat rumah saja dulu ada juga mai perbaik kereta tetapi sekarang tak ada sebab orang tak ada duit pun. Jadi memang sakitlah. Kalau ada yang bagi makan percuma macam ini tentu sangat berguna duit nak beli makan hari ini boleh simpan,โ katanya.
โLim Che Hen, 60, seorang buruh kontrak berkata, PKP 3.0 mengakibatkan dia hilang sumber pendapatan setelah tapak pembinaan tempat dia bekerja ditutup.
โโMemang susah nak hidup sekarang. Saya kerja gaji harian kalau tak bekerja tak adalah gaji. Ini sudah lebih dua bulan tak ada gaji langsung macam mana nak hidup? Sekarang pun pinjam sana sini untuk beli barang. Ada juga orang beri makan percuma macam ini tentulah sangat baik, kita saling bantu membantu tanpa mengenal bangsa,โ katanya.
โMenurut Hajah Mazlina, pembukaan semula RMP itu sebagai tanda prihatin syarikat berkenaan terhadap kesusahan yang ditanggung mereka terjejas akibat pandemik.
โโSaya merasakan ketika ini banyak yang susah. Jadi apa salahnya jika kita yang ada peluang berbuat sesuatu kepada mereka. Ia sama seperti jika kita melihat jiran kelaparan, jadi tugas kita untuk membantu mereka.
โโKita hanya mencari keredhaan dan keberkatan daripada setiap rezeki yang Allah bagi kepada kita dan salah satunya kembalikan rezeki itu kepada mereka yang memerlukan.
Bila tutup sebelum ini memang hati rasa tak senang mengenangkan nasib mereka yang susah,โ katanya
โTambahnya, beliau cuma berharap agar pandemik ini cepat berakhir dan RMP akan kembali bukan sahaja menjadi medan untuk membantu golongan memerlukan tetapi mengeratkan silaturahim.