๐Š๐ž๐ง๐š ๐ญ๐ข๐ฉ๐ฎ ๐‘๐Œ๐Ÿ”๐ŸŽ๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ, ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐ฉ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐ก๐š๐ฆ๐ฉ๐ข๐ซ ๐ฃ๐š๐๐ข ๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ก

ALOR SETAR: Bukan sedikit dugaan yang harus ditempuhi malah ada ketikanya hampir terduduk dan gulung tikar gara-gara ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab sehingga kerugian lebih RM600,000 ketika syarikat baru bertatih.โ€‹

Perkara itu menjadi antara kenangan pahit tokoh usahawan wanita, Hajah Mazlina Kamarudin yang juga Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi).

Kenangan itu dikongsikan beliau dalam Sesi Webinar Karnival Kerjaya Dan Usahawan Wanita Peringkat Kedah 2021 yang bertajuk, Kolaborasi Bersama: Peluang Perniagaan Ketika Pandemik, semalam.

โ€œSaya ditipu RM600,000 apabila orang tak bayarโ€ฆ dekat nak berhenti dah berniaga. Itu kenangan pahit. RM600,000 itu nilai sangat besar pada 1989.

โ€œItu belum lagi kes ternakan, pernah ayam mati 80 peratus di ladang dan yang baki 20 peratus itu pun tak boleh jual sebab kecil,โ€ katanya.

Jatuh bangun dalam perniagaan sudah menjadi lumrah kata beliau, apatah lagi ketika menghadapi pandemik ini namun semangat juang yang tinggi sentiasa menjadi pemangkin kepada kelangsungan sesebuah perniagaan itu.

โ€œPengalaman yang tuan dan puan lalui sekarang adalah pengalaman biasa yang terpaksa kita lalui tetapi agak tidak bernasib baik kerana kita dalam pandemik tetapi kita terpaksa perlu lalui semua itu supaya perniagaan kita jadi lebih mantap,โ€ katanya lagi.

Katanya, semua cabaran pahit itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengundur diri daripada perniagaan.

Pada sesi sama, beliau turut berkongsi tentang kepentingan sikap toleransi dan kerjasama dalam perniagaan apatah lagi ketika ia diusahakan bersama pasangan masing-masing.

โ€œBangkitnya wanita bukan untuk menidakkan peranan dan kekuatan suami. Saya tahu banyak wanita bila ada bisnes nak dilihat jadi hero. Masalah dalam perniagaan menyebabkan masalah rumahtanggaโ€ฆ kurang fokus dan akhirnya bisnes pun hancur.โ€‹

โ€œApabila berniaga, bercakap tentang pemerkasaan wanita tetapi harus sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Misalannya, bila kita buat bisnes, suami tukang hantar barang. Apa pun kita perlu hormat dia sebab ada masanya pemikiran dia dan kita harus digabungkan untuk capai satu keputusan mantap,โ€ ujarnya.

Menurut beliau, Ayam Bismi juga dibangunkan hasil kolaborasinya bersama suami yang juga Pengasas dan Presidennya, Haji Jaffri Ahmad untuk menjadikan syarikat berusia 33 tahun itu kukuh seperti hari ini.

โ€œSuami adalah seorang yang bercakap tentang data maksudnya, beliau akan berfikir tentang penyusunan kemasukan ayam dan keuntungan sementara saya fokus kepada sumber manusia dan pemasaran. Itu kolaborasi kami bersama untuk naikkan Ayam Bismi sejak 33 tahun lalu,โ€ ceritanya.

Sebagai syarikat yang terlibat dengan perkhidmatan perlu katanya, Ayam Bismi berusaha keras untuk memastikan pengeluaran hasil ternakannya tidak terjejas ekoran pandemik ini.

Karnival anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah dan beberapa agensi kerajaan itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan turut dihadiri Exco Wanita, Halimaton Shaadiah Saad.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.

Selain itu Ayam Bismi turut mengeluarkan produk seperti ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Tidak ketinggalan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

.

 

Scroll to Top