Siri pertama Fun Tour Ayam Bismi berakhir di Bangi

BANGI: Program siri jelajah Fun Tour Ayam Bismi ke enam lokasi di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan berakhir di Bangi semalam dengan satu sesi perjumpaan bersama bakal ejennya.

Sesi terakhir yang melibatkan penerangan tentang prospek sebagai ejen Ayam Bismi itu disertai 20 orang terdiri daripada penduduk sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Aktiviti berkenaan yang diadakan secara santai antaranya memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi usahawan Ayam Bismi apabila mereka didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan.

Terdahulu team Ayam Bismi itu turut singgah di Yakin Halal Mart di Bandar Baharu Bangi untuk mempromosikan produk baharu syarikat ini selain bertujuan mengeratkan silaturahim bersama stokis berkenaan.

Pelbagai aktiviti diatur sepanjang program berkenaan daripada ‘happy hour’ yang menawarkan produk Ayam Bismi pada harga promosi selain demonstrasi masakan oleh Chef Din yang juga Duta Ayam Bismi.

Aktiviti yang diatur di premis stokis Ayam Bismi tersebut juga adalah sebagai menghargai penglibatan pihak terlibat sebagai usahawan ayam dan menyebarkan halal toyyiban.

Fun Tour Ayam Bismi berlangsung lima hari di lokasi terpilih sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Pelbagai aktiviti diatur sepanjang program berkenaan termasuk dua lokasi dipilih bagi sesi merekrut orang ramai yang ingin menjadi usahawan Ayam Bismi iaitu di Ayer Keroh, Melaka selain di Bangi.

Lokasi lain yang dilawati ialah, Nariz Mart di Rawang Selangor, Nur Rahman, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Minda Jaya, Cheng. Melaka dan Faiqah H Mart, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) bermula dengan sebagai syarikat memproses dan menjual ayam kecil-kecilan pada 1988, kemudian berkembang dalam segmen penternakan yang kini mempunyai 18 ladang bersepadu dengan kapasiti ternakan 2 juta ekor ayam.

Ayam Bismi yang bergelar syarikat milikan bumiputera sepenuhnya kemudian mengorak langkah memasarkan hasil ternakan secara borong dan runcit melalui penubuhan empat anak syarikatnya, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan, Ayam  Bismi Sdn. Bhd. (aktiviti pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd. (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. (pemprosesan produk hiliran).

Pada masa ini, Ayam Bismi berkembang pesat dengan mencari ejen dan stokis  diseluruh Malaysia untuk memasarkan Ayam Segar Beku (FFC) yang dipotong, dicuci dan dibekukan segera serta produk hiliran seperti Ayam Popcorn, Ayam Perap, Ayam Kisar, Rempah Ayam Goreng Tandoori, Bebola Ayam (Bisball). Terdapat 600 stokis-ejen di seluruh Malaysia.

Scroll to Top