Pemuda sanggup redah 400 km untuk jual ayam segar Bismi di Selangor

ALOR SETAR:  Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Itu bulat seorang pemuda, dan Muhd. Hasif Abdul Halim, 28,  yang nekad memilih ayam segar dari Ayam Bismi untuk dijual di Subang, Selangor sejak setahun lepas.

Siapa yang menjangka untuk itu pemuda ini sanggup meredah lebih 400 kilometer (km) dari Simpang Empat ke Subang setiap minggu semata-mata untuk memastikan ayam segar yang mereka jual adalah yang bergelang merah jambu itu.

Pemborong Ayam Bismi ini mempunyai alasan untuk berbuat demikian dan salah satunya, kerana dia yakin dengan produk ayam segar dari syarikat ini.

“Mulanya saya cuma nak hadiahkan pelanggan dengan 300 ekor ayam segar dari Ayam Bismi untuk pelanggan sempena hari lahir isteri saya. Sudah dua tahun saya berniaga ikan di situ dan selalu menerima maklum balas daripada pelanggan, kenapa tak jual ayam juga?

“Jadi dari situ saya mula jual ayam di samping jual ikan segar,” kata Muhd. Hasif yang berasal dari Tandop di sini.

Jelasnya, percaturannya tidak tersasar apabila ayam segar tersebut mendapat perhatian pelanggan terutama dengan tag gelang merah jambu itu yang menjadi tarikan.

Menurut Muhd. Hasif, dia memilih Ayam Bismi disebabkan keyakinan terhadap syarikat berkenaan yang menternak dan memproses ternakan berteraskan konsep halal toyyiban.

“Salah satu sebab pilih Ayam Bismi sebab yakin dan tak ragu nak jual. Lagipun pelanggan selalu cakap ayam ini sedap tak macam ayam lain kat KL. Tak mudah rosak.

“Pernah jual ayam dari Semenyih sebelum ini, baru sembelih terus ambil letak dekat meja tapi tak sama macam Ayam Bismi. Orang sebenarnya tidak kisah untuk bayar harga premium untuk barang yang premium ini,” katanya.

Setakat ini, peniaga itu menempatkan gerai jualan ikan dan ayamnya di Kampung Melayu Subang dan Subang Bestari pada setiap Sabtu dan Ahad.

“Setiap minggu saya akan turun ke Selangor bawa bekalan ayam dan ikan yang saya bawa dari Kedah ini. Saya mempunyai lima pekerja di sana,” katanya.

Menyentuh tentang perancangan terbaharu, katanya, dia berhasrat untuk membuka satu lagi tapak niaga di Putra Perdana dengan rakan niaganya, Hasanal Fariz, 30-an.

“Kami merancang untuk membuka sebuah lagi tapak di Putra Perdana. Alhamdulillah kerana di Subang ini orang sudah kenal ayam segar dari Ayam Bismi.

“Untuk perancangan jangka panjang kami nak buka kedai pula sekarang berniaga di tepi jalan sahaja,” katanya.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) bermula dengan sebagai syarikat memproses dan menjual ayam kecil-kecilan pada 1988 yang kemudian berkembang dalam segmen penternakan yang kini mempunyai 18 ladang bersepadu dengan kapasiti ternakan 2 juta ekor ayam.

Ayam Bismi yang bergelar syarikat milikan bumiputera sepenuhnya kemudian mengorak langkah memasarkan hasil ternakan secara borong dan runcit melalui penubuhan empat anak syarikatnya, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan, Ayam  Bismi Sdn. Bhd. (aktiviti pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd. (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. (pemprosesan produk hiliran).

Pada masa ini, Ayam Bismi berkembang pesat dengan mencari ejen dan stokis untuk memasarkan Ayam Segar Beku (FFC) yang dipotong, dicuci dan dibekukan segera serta produk hiliran seperti Ayam Popcorn, Ayam Perap, Ayam Kisar, Rempah Ayam Goreng Tandoori, Bebola Ayam (Bisball).

Terdapat 600 stokis dan ejen di seluruh Semenanjung.

Scroll to Top