Nuget tempura Ayam Bismi setaraf jenama popular

WALAUPUN baru dua tahun berada di pasaran produk Nuget Tempura Ayam Bismi sudah mendapat tempat di hati penggemar terutama dalam kalangan ibu-ibu sebagai hidangan makanan ringan anak-anak mereka.

Apatah lagi bahan utama nuget tempura itu menggunakan isi ayam daripada bahagian dada tanpa lemak sekaligus menjadikan produk ini lebih enak, ‘juicy’ dan menyelerakan.

Memandangkan daging ayam menjadi bahan utama jadi nuget tempura ini turut menyumbang kepada sumber protein dalam pemakanan terutama kanak-kanak.

Paling penting, nuget tempura jenama ini turut mempunyai pensijilan Halal daripada Jakim dan MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak produk ini dihasilkan lagi iaitu 2022.

Ia sekaligus memberi jaminan makanan kegemaran kanak-kanak itu selamat dinikmati tanpa ragu-ragu.

Setakat ini Ayam Bismi mengeluarkan sehingga 4,000 pek Nuget Tempura setiap bulan bergantung kepada permintaan bagi pasaran seluruh negara ini termasuk pasar raya seperti Mydin dan C-Mart.

Selain itu Nuget Tempura Ayam Bismi turut dipasarkan oleh 600 ejen serta stokisnya yang berada di seluruh negara ini.

Menurut Pengarah Ayam Bismi Food, Ira Haryani Jaffri yang juga merupakan Eksekutif Pembangunan Perniagaan syarikat ini, Nuget Tempura Ayam Bismi merupakan antara 12 produk sejuk beku yang berjaya memasuki pasaran pasar raya besar di seluruh negara sejak tahun lepas.

“Kilang ABF milik Ayam Bismi di Simpang Empat mampu mengeluarkan lebih 40,000 produk setiap bulan termasuk nuget tempura ini,” katanya.

Menurut beliau, pada 2022 syarikat induk Ayam Bismi, Bismi Empire Sdn Bhd melabur sebanyak RM1.5 juta untuk membina kilang bagi mengeluarkan produk sejuk beku demi bersaing di segmen berkenaan.

Tambahnya, namun lebih penting adalah menyediakan makanan yang terbaik untuk pengguna kerana pensijilan Halal dan MeSTI itu juga dipohon pada tahun yang sama.

Scroll to Top