Fun Tour bikin ‘kecoh’ di Selayang, Wangsa Maju

SELAYANG: Ayam Bismi meneruskan siri jelajah Fun Tour ke dua lagi lokasi di Selayang, Selangor dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini untuk mempromosikan produk terbaharunya dan bertemu dengan stokis serta ejennya.

Hari kedua Fun Tour itu berkampung seharian di Nariz Halal Mart di Bandar Baharu Selayang dekat sini dan Nur Rahman, Sri Rampai Wangsa Maju di Kuala Lumpur.

Sepanjang tempoh jelajah itu pelanggan yang hadir di premis berkenaan dapat melihat pelbagai aktiviti yang diatur termasuk demonstrasi masakan oleh Duta Ayam Bismi, Chef Din dan food testing produk Ayam Bismi.

Selain itu, mereka turut diperkenalkan dengan produk Ayam Bismi termasuk dua produk terbaharu, Fun5 dan Fun10 serta penerangan tentang keistimewaannya.

Tidak ketinggalan sesi taklimat turut diadakan kepada pelanggan yang berminat untuk menjadi ejen atau stokis Ayam Bismi oleh team syarikat berkenaan dari Jabatan Pemasaran dan Pembangunan Ejen dan Produk Ayam Segar Beku (FFC).

Lebih menarik aktiviti ‘happy hour’ yang diadakan sepanjang sesi tersebut dengan menawarkan produk Fun10 dan Bisball (perisa asli dan keju) pada harga istimewa.

Sesi tersebut menyebabkan kedua-dua premis berkenaan diserbu oleh pelanggan dari kawasan sekitar.

Dalam pada itu menurut Hj Subi Abdul Hamid, 65, pemilik Nariz Mart yang mempunyai tiga cawangan di daerah ini, pihaknya berbesar hati dengan kehadiran team Fun Tour Ayam Bismi itu untuk mempromosikan produknya.

“Saya mula menjadi stokis Ayam Bismi empat tahun lepas setelah diperkenalkan oleh team Ayam Bismi dalam satu pameran Festival Halal di Selangor.

“Kedatangan team Fun Tour ini sedikit sebanyak memeriahkan premis kami,” katanya.

Sementara di Wangsa Maju, pemilik Nur Rahman, Hj Abdul Rahman Nagoor Pitchai, 64, berkata, pihaknya teruja dengan kehadiran teams Fun Tour tersebut untuk mempromosikan produk terbaharu itu.

“Ayam Bismi adalah salah satu produk yang mendapat sambutan di Nur Rahman sejak saya membuka kedai runcit dan sejuk beku ini pada 2015.

“Alhamdulillah sambutan hari ini sangat mengalakkan dengan kehadiran team Ayam Bismi,” katanya.

Fun Tour Ayam Bismi berlangsung lima hari di lokasi terpilih sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Pelbagai aktiviti diatur sepanjang program berkenaan termasuk dua lokasi dipilih bagi sesi merekrut orang ramai yang ingin menjadi usahawan Ayam Bismi iaitu di Hotel Metrasquare, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 8.30 malam (27 November) dan Bangi Resort Hotel pada pukul 9 malam (29 November).

Lokasi lain yang bakal dilawati ialah, Nariz Mart, Batu Caves dan Nur Rahman Wangsa Maju, Selangor (26 November), Minda Jaya, Masjid Tanah Melaka  (27 November),  Lesong Mart Port Dickson (Faiqah H Mart) , Bahau Negeri Sembilan (28 November), dan Yakin Halal Mart  (29 November).

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) bermula dengan sebagai syarikat memproses dan menjual ayam kecil-kecilan pada 1988, kemudian berkembang dalam segmen penternakan yang kini mempunyai 18 ladang bersepadu dengan kapasiti ternakan 2 juta ekor ayam.

Ayam Bismi yang bergelar syarikat milikan bumiputera sepenuhnya kemudian mengorak langkah memasarkan hasil ternakan secara borong dan runcit melalui penubuhan empat anak syarikatnya, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan, Ayam  Bismi Sdn. Bhd. (aktiviti pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd. (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. (pemprosesan produk hiliran).

Pada masa ini, Ayam Bismi berkembang pesat dengan mencari ejen dan stokis  diseluruh Malaysia untuk memasarkan Ayam Segar Beku (FFC) yang dipotong, dicuci dan dibekukan segera serta produk hiliran seperti Ayam Popcorn, Ayam Perap, Ayam Kisar, Rempah Ayam Goreng Tandoori, Bebola Ayam (Bisball). Terdapat 600 stokis-ejen di seluruh Malaysia.

Scroll to Top