Fun Tour berkampung di Melaka

AYER KEROH: Siri jelajah Fun Tour Ayam Bismi selain bertemu stokis dan ejen serta mempromosikan produknya juga memberi peluang kepada orang ramai berminat menjadi usahawan ayam baharu syarikat ini.

Lantas sesi taklimat antara aktiviti utama siri jelajah ini yang menghimpun prospek terbaharu usahawan Ayam Bismi.

Bertempat di sebuah hotel di bandar raya ini berlangsung satu sesi taklimat di antara team Fun Tour berkenaan bersama penduduk Melaka yang berminat untuk menjadi usahawan ayam, malam tadi.

Sesi yang berlangsung lebih dua jam itu turut dihadiri oleh Pengurus Besar Ayam Bismi, Azli Saat yang berkongsi informasi tentang Ayam Bismi dan kepentingan industri halal di negara ini.

“Dari Melaka saya sanggup ke Kedah kerana tertarik dengan matlamat syarikat Ayam Bismi untuk menegakkan halal toyyiban.

“Walaupun Ayam Bismi merupakan syarikat penternakan milik bumiputera terbesar di Kedah namun industri ini masih dimonopoli oleh bukan Islam. Atas alasan itu Ayam Bismi berusaha keras demi halal toyyiban dan berharap ia mendapat sokongan ramai,”

katanya ketika berucap pada majlis itu.

Pada sesi sama turut disampaikan penerangan berkaitan prospek ejen oleh Ketua Pembangunan Ejen, Mohd. Syafiq Abdullah.

Program tersebut antara aktiviti dalam siri jelajah Fun Tour yang julung kali diadakan untuk mempromosikan produk baharu Ayam Bismi iaitu Fun10 dan Fun5, bertemu pelanggan setia serta mereka yang berminat jadi ejen.

Terdahulu di Melaka, siri jelajah itu turut singgah di premis salah seorang stokis Ayam Bismi di Cheng, Mohd. Huzairi Kassim, 46, untuk mempromosikan produknya.

Hari ini, jelajah Fun Tour akan singgah di Port Dickson di Faiqah H Mart sebelum meneruskan siri itu ke Bangi Selangor malam ini untuk Majlis Makan Malam DPIM dan Penyampaian Anugerah Jihad Bismi di Pusat Konvensyen Bangi.

Tidak ketinggalan turut diadakan satu lagi sesi taklimat untuk bakal ejen di Bangi Resort Hotel malam esok pada pukul 9 malam.

Slot sesi ini masih dibuka dan mereka yang berminat boleh menyemak maklumat di Facebook Ayam Bismi Segar Halal Suci atau menelefon talian 0125187060 untuk sesi percuma.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) bermula dengan sebagai syarikat memproses dan menjual ayam kecil-kecilan pada 1988, kemudian berkembang dalam segmen penternakan yang kini mempunyai 18 ladang bersepadu dengan kapasiti ternakan 2 juta ekor ayam.

Ayam Bismi yang bergelar syarikat milikan bumiputera sepenuhnya kemudian mengorak langkah memasarkan hasil ternakan secara borong dan runcit melalui penubuhan empat anak syarikatnya, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan, Ayam  Bismi Sdn. Bhd. (aktiviti pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd.

(mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. (pemprosesan produk hiliran).

Pada masa ini, Ayam Bismi berkembang pesat dengan mencari ejen dan stokis  diseluruh Malaysia untuk memasarkan Ayam Segar Beku (FFC) yang dipotong, dicuci dan dibekukan segera serta produk hiliran seperti Ayam Popcorn, Ayam Perap, Ayam Kisar, Rempah Ayam Goreng Tandoori, Bebola Ayam (Bisball). Terdapat 600 stokis-ejen di seluruh Malaysia.

.

Scroll to Top